[Video] Dua lagi rakaman video provokasi Zulaiha didedah
Tidak sabar menunggu giliran prosiding, Zulaiha Mohd Azam membuat provokasi dari luar bilik mesyuarat bagi memaksa petugas membenarkan mereka masuk secara beramai-ramai.
Namun, Jawatankuasa Siasatan meneruskan SOP siasatan dengan memanggil seorang demi seorang individu yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan sebenar tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Suasana itu sempat dirakam dan klip videonya didedahkan bagi membuktikan wujud elemen provokasi dan pengucapan yang tidak sesuai dibuat sebelum kekecohan berlaku kata sumber.
Antara kata-kata yang dikeluarkan adalah mengherdik salah seorang Jawatankuasa Siasatan, Norhayati Bidin dengan panggilan Yati Bidin dan mengaitkannya dengan kes covid-19.
Selain itu, Zulaiha juga dikatakan tidak berpuas hati mengapa prosiding perlu dibuat sedangkan jawapan bertulis telah diberikan sebelum ini dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan yang tumbang selepas 22 bulan memerintah.
Melalui rakaman video tersebut, Zulaiha dilihat terus menerus mengeluarkan kata-kata kurang sopan bagi tujuan mengganggu prosiding dan turut mengetuk pintu bagi membenarkannya masuk.
Menurut sumber, Zulaiha sebelum ini juga lantang mempersoal Jawatankuasa Nasional yang masih tidak meluluskan pindaan perlembagaan parti untuk meningkatkan had umur keanggotaan Wanita Muda Amanah (WARDA) dari 30 ke 35 tahun dalam satu program bersama Presiden Amanah bagi membolehkan beliau terus berada dalam kepimpinan WARDA.