[Video] Difitnah degil dan kaki kacau, bekas pengasuh dedah sikap sebenar Bella

[Video] Difitnah degil dan kaki kacau, bekas pengasuh dedah sikap sebenar Bella

Kisah penemuan seorang kanak-kanak perempuan Down’ Syndrome yang dijumpai dalam keadaan melecur di beberapa bahagian anggota badan nya menimbulkan ketidakpuasaan hati ramai.

Semalam, tular pula dialog pengasas rumah kebajikan yang telah disita itu mendakwa Adik Bella seorang yang degil dan suka ganggu orang lain.

Menerusi Facebook saudara Mohd Fadli Salleh, bekas pengasuh di sana tampil menyangkal dakwaan tersebut.

Hal ini kerana sepanjang 4 bulan pertama Bella di sana, para sukarelawan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat rajin mengemas malah sejenis yang suka minum air.

Gara-gara itu, dia sangat terkilan apabila mendapat tahu yang kanak-kanak malang tersebut dipaksa makan cili tanpa beri air.

Menurutnya lagi, sigat penyayang adik Bella juga terserlah kerana pernah membelai seorang bayi Down’s Syndrome dengan sangat elok.

Tak cukup dengan itu, dia juga suka berdandan serta antara yang paling awal pakai telekung setiap kali dengar laungan azan.

Maka tidak hairanlah dakwaan itu dinafikan oleh mereka yang pernah luangkan masa bersamanya.

Memandangkan kesannya sungguh tragis, justeru Mohd Fadli Salleh berharap pihak berkuasa cepat memberkas dalang di sebalik kejadian ini.

Meskipun ada yang cuba memutar belit fakta atau campur tangan terhadap siasatan, dia percaya keadilan akan tetap memihak adik Bella.

 

 

Sumber: Viral News Updates , Megat D Shahriman ZaharudinMohd Fadli SallehSinar Harian