[Video] Dah tak baling barang, staf J&T buat kerja ‘lemah lembut’ dipuji netizen

[Video] Dah tak baling barang, staf J&T buat kerja ‘lemah lembut’ dipuji netizen
Sebelum ini tular di media sosial mengenai pekerja syarikat penghantaran barang J&T yang membaling ‘parcel’ pelanggan kerana mogok komisen telah dikurangkan.

Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi TikTok milik seorang lelaki bekerja di J&T telah memuat naik satu video memaparkan keadaan selepas peristiwa dahulu.

Dah tak baling barang

@wbas_photography

Bila shopee sale 3.3…be like..#jntexpress #abangjnt #fyp #foryoupage

♬ original sound – syahruee – syahruee

Menerusi video berdurasi  23 saat itu, dapat dilihat ‘parcel’ yang diterima oleh pihak J&T sewaktu promosi berlangsung dijaga dan diatur dengan elok tanpa mencampakkan seperti dahulu.

Meskipun barang diterima dalam kuantiti yang banyak namun, mereka berjaya mengatur dengan langkah lebih berhati-hati.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan cara lelaki tersebut dan memesan agar sentiasa menjaga barang pelanggan.

Selain itu, mereka juga mengakui meskipun J&T melakukan masalah dahulu namun, masih tetapi dihati kerana perkhidmatan yang laju dan pantas.

Kan bagus kalau dulu macam ini

Sopan sangat tu! J&T tetap dihati

Senyum sampai telinga tu

Kerja elok2 bang!

Macam ini kan bagus! Tak baling-baling barang. ‘Customer’ pun gembira barang sampai cepat dan elok. Bagus, teruskan.

Sumber: TikTok Wbas