[Video] Cara Johan ajar anak terlalu garang ketika mengaji undang perdebatan netizen
![[Video] Cara Johan ajar anak terlalu garang ketika mengaji undang perdebatan netizen](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2022/08/johan-e1659945341218.jpeg)
Pelawak dan penyampai radio, Johan dan isterinya, Ozlynn dilihat sering berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga di media sosial.
Bahkan, Johan dan isterinya sering dijadikan sebagai rujukan ramai pihak kerana begitu bagus dalam membesar dan mendidik anak-anak mereka meskipun sibuk dengan kerja.
Johan garang ketika ajar mengaji
Semalam, tular satu video menunjukkan Johan sedang mengajar anak perempuannya mengaji di ruang tamu rumahnya.
Fuh garang betul johan ajar anak dia mengaji. pic.twitter.com/22RXGV71XB
— keem (@AkeemSharyzal) August 7, 2022
Dapat dilihat Johan begitu tegas dan garang ketika membetulkan kesalahan Chantiq sehinggakan anak perempuannya itu mengeluarkan air mata.
Sebab tulah anak-anak Johan pandai
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Johan yang tegas kerana itulah penyebab kepada kejayaan seseorang.



Lepas marah Johan mesti akan peluk anak dia


Ada juga yang mengecam
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang tidak setuju dengan cara Johan itu kerana dipercayai boleh menyebabkan anaknya mengalami kemurungan.


Jangan kecam-kecam. Lain orang, lainlah cara mereka didik anak-anak mereka tu.