[Video] Berpantang maut sebelum ajal, pemandu Myvi kuning dirempuh lori terselamat

[Video] Berpantang maut sebelum ajal, pemandu Myvi kuning dirempuh lori terselamat

 

 

 

 

 

Sebuah lori melanggar beberapa kenderaan dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul di sini, hari ini.

Kejadian itu dikatakan berlaku jam 2.30 petang berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam) yang tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 46 saat itu merakamkan aksi sebuah lori tanpa muatan dari arah belakang merempuh kira-kira tujuh kenderaan berada di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Berdasarkan maklumat, kemalangan itu menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk manakala beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, difahamkan tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Sumber: Harian Metro