[Video] Bengang ramai masih tak reti guna, akak 7E ini ajar cara isi ‘air slurpee’ dengan betul

[Video] Bengang ramai masih tak reti guna, akak 7E ini ajar cara isi ‘air slurpee’ dengan betul

Pasti ramai di antara anda yang pernah dengar atau minum air Slurpee di 7-Eleven bukan?

Air ini pernah menjadi kegilaan ramai satu ketika dulu semasa baru diperkenalkan. Perisanya yang pelbagai dan manis bergas membuatkan ramai menyukai minuman berkenaan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita menunjukkan cara-cara menggunakan mesin Slurpee dengan betul telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@waddupdude_

#stitch with @hil.mi_ kalau degil jugak tktahu nak cakap apa #foryoupage #esekeli #colourselecto#7eleven #PepsiMYxBLACKPINK

♬ original sound – miaumiau – miaumiau

Bengang sebab ramai tak tahu guna mesin dengan betul sampai air banyak tumpah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang menunjukkan kepada pengikutnya cara yang betul mengambil air Slurpee.

Hal ini kerana dia memerhati ramai orang yang datang tidak tahu menggunakannya dengan betul menyebabkan sehingga air banyak tumpah di bahagian lantai.

Bukan itu saja, dia juga memberitahu bahawa agar orang ramai menutup penutup air dengan cara yang betul kerana ramai mengadu kepadanya ia tidak sama tetapi sebenarnya semua saiz penutup adalah sama.

“Slurpee kat tempat aku asyik rosak je” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai hal tersebut. Malah, ramai yang mengadu mesin air Slurpee di kawasan rumah mereka selalu rosak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 119.1K likes dan 2,450 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Okay baru tahu kena isi macam tu. Take note guys!

Sumber: says