Video bakar koleksi K-pop anak viral hingga ke luar negara, ibu perjelas tiada niat buka aib sesiapa

Tak dinafikan, ramai pihak termasuk kalangan ibu bapa sendiri yang mengkritik tindakan seorang ayah melupuskan koleksi K-pop milik anak perempuannya.
Selain hadiah pemberian daripada rakan-rakannya, difahamkan sebahagian besar barangan milik remaja tersebut dikumpul sejak 3 tahun lalu dan harganya pun boleh tahan mahal juga.
Ayah jenis alim orangnya, jadi tak suka hiburan macam ni…memang sedih, tapi lama-lama tu saya reda je
Hanya ingin dikenali sebagai Tasha, klip video yang tular itu pada asalnya dirakam oleh ibunya sekadar untuk suka-suka sahaja.
Meskipun awalnya dia agak sedih kerana mengenangkan bukan mudah untuk kumpul koleksi tersebut, tapi pelajar Tingkatan 2 ini reda tindakan ayahnya yang disifatkan sebagai ‘orang alim’.
Ada yang kata hantar parents macam ni dekat rumah orang-orang tua…ini agak keterlaluan
Minatnya terhadap K-pop masih belum lenyap, namun dia menganggap kejadian yang telah berlaku sebagai kenangan pahit dalam hidupnya.
Walaupun menghargai sokongan netizen, namun Tasya menyeru semua pihak agar hentikan kecaman keterlaluan pada kedua-dua orang tua terutama sekali ayahnya.
Viral sampai tahap international…saya mohon maaf, tiada niat buka aib sesiapa
Menerusi perkongsian terbaru di TikTok, ibu Tasya pula sama sekali tidak menyangka bahawa rakaman itu menjadi tular bahkan sehingga ke luar negara.
Menyedari ia telah membuka ruang kecaman terhadap ahli keluarganya, justeru wanita berkenaan mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung melihatnya.
Dalam masa yang sama, dia juga sedia memaafkan individu yang melemparkan pelbagai tohmahan sebelum ini.