[Video] Aksi ‘wheelie’ geng motosikal langgar ‘roadblock’ tarik perhatian ramai

[Video] Aksi ‘wheelie’ geng motosikal langgar ‘roadblock’ tarik perhatian ramai

Sejak pandemik berlaku pada tahun lalu, boleh dikatakan sekatan jalan raya lebih kerap dibuat tanpa mengira kawasan bandar mahupun luar bandar sama ada untuk pengawasan sempadan daerah ataupun kesalahan jalan raya.

Terbaharu, tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan motosikal telah melanggar sekatan polis trafik sehingga menyebabkan ada anggota polis melontarkan sebiji kon kepada kumpulan motosikal tersebut.

Pelbagai reaksi netizen telah kongsikan setelah menonto video terbabit. Ada yang menyokong tindakan polis tersebut kerana tidak menghormati anggota polis yang sedang bertugas.

Manakala ada pula yang menyokong tindakan kumpulan motosikal itu kerana orang ramai sudah mula hilang kepercayaan kepada pihak polis setelah berlakunya double standard  dalam mengenakan tindakan kompaun.

Walaupun baru-baru ini terdapat banyak ketidakadilan yang berlaku, namun ia bukanlah satu ‘lesen’ buat orang ramai untuk menunjukkan sikap tidak beradap kepada anggota polis. – TV