[Video] Aksi geng ‘abang sado’ pindah air dalam mulut ke mulut buat netizen geli & jijik

[Video] Aksi geng ‘abang sado’ pindah air dalam mulut ke mulut buat netizen geli & jijik

 

Pengaruh media sosial dengan pelbagai trend tidak masuk akal sememangnya senang ditonton lebih-lebih lagi dengan adanya bermacam platform seperti TikTok, Twitter, Facebook dan Instagram.

Buat challenge merepek

Baru-baru ini, tular di laman Twitter satu video sekumpulan lelaki yang berada di gimnasium melakukan challenge ‘dry scooping’ atau memakan ‘supplement’  yang biasa digunakan individu aktif membina badan di pusat kecergasan.

Apa yang membuatkan ramai loya tekak adalah cara mereka membancuh ‘supplement’  tersebut dengan makan dan memindahkan air dari dalam mulut ke mulut rakannya yang lain.

Pindah air dari mulut orang lain

Perkara menjijikan itu bukan hanya mendapat kecaman netizen kerana merasakan tindakan mereka sangat kotor bahkan turut bimbang hadirnya penyakit-penyakit lain yang boleh menyusahkan orang sekitar.

Tindakan kurang cerdik itu dilakukan dalam keadaan gembira bahkan mereka turut saling tertawa selepas membuat konten seperti yang dikongsikan OMM oleh pengguna Twitter @zua_al_azmi mengambil dari posting di laman TikTok.

Pengaruh media sosial dengan pelbagai trend tidak masuk akal sememangnya senang ditonton lebih-lebih lagi dengan adanya bermacam platform seperti TikTok, Twitter, Facebook dan Instagram.

Patutla macam2 penyakit ada sekarang ni

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meluahkan rasa geli serta jijik melihat perkara seperti itu berlaku.

Mereka juga merasakan tindakan yang dibuat geng abang-abang sado ini mengundang bahaya lebih-lebih di zaman pandemik seperti ini.

Kongsi straw pun ada yang geli lagi macam ni

Sado tapi tak bijak!

Sumpah menjijikan!

Pengotor gila!