[Video] Ahli parlimen tambah isteri muda ketika PKP, mas kahwin RM11,111
Dakwaan mengenai seorang ahli parlimen menambah isteri ketika rakyat sedang bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh kini berlegar di laman sosial.
Menurut sumber, majlis akad nikahnya diadakan secara dalam talian dengan seorang imam dari Narathiwat, Thailand.
Majlis yang diadakan di masjid sebuah negeri di pantai timur pada Khamis lalu itu turut dihadiri oleh dua saksi.
Jelasnya, ahli parlimen yang mempunyai jawatan dalam kerajaan itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM11,111 kepada isteri mudanya yang dikatakan berasal dari Selangor.
“Dia berkahwin menggunakan wali hakim dari Thailand dan pendaftaran kahwin pun di sana,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.
Sumber: Kosmo