[Video] Acah-acah pro masa menyelit, Myvi langgar penghadang jalan & terbalik di atas jalan

[Video] Acah-acah pro masa menyelit, Myvi langgar penghadang jalan & terbalik di atas jalan

 

Cerita saja pasal Perodua Myvi, mesti ramai yang mengenali dan menggelarkannya sebagai ‘king’. Hal ini kerana di pelusuk seluruh Malaysia pasti akan ada sahaja pemandu model tersebut yang membuat masalah.

Antara sebab Myvi sering terlihat menjadi masalah bukanlah kerana kereta itu sendiri tetapi disebabkan jumlah jualannya di Malaysia yang begitu laris menyebabkan begitu ramai penduduk di negara ini memilikinya.

Jadi secara logik akalnya, harapan untuk kereta tersebut terlibat dalam sesuatu kemalangan atau menjadi samseng di jalan raya adalah sangat tinggi.

Myvi datang secara laju daripada belakang

Menerusi satu hantaran video ‘dashcam’ yang dimuat naik di laman Facebook Fareez Aiman, kelihatan sebuah Myvi berwarna putih yang datang secara laju daripada bahagian belakang memintas kereta di hadapannya.

“Cubaan king untuk menyelit tak menjadi, langgar dinding dan terbalik. Kereta banyak tak menyabar sangat,” tulisnya di kapsyen.

Namun malangnya, cubaan menyelit daripada sisi kiri itu tidak menjadi apabila kereta tersebut melanggar bahagian fender kiri kereta di sebelahnya menyebabkan Myvi tersebut hilang kawalan.

 

Myvi terbalik di atas jalan

Apa yang lebih parah, kereta itu melanggar penghadang jalan menyebabkan ia terangkat sedikit ke atas dan kemudiannya terbalik dan berpusing beberapa kali.

Pada video sama, kelihatan juga dengan jelas penampal P yang masih melekat pada bahagian cermin belakang kenderaan itu.

Lesen percubaan boleh ditarik balik jika melebihi 10 mata demerit

Sebagai info, pelekat P wajib digunakan bagi individu yang baru sahaja memilik lesen memandu (lesen memandu Percubaan) dan perlu menampalnya selama 2 tahun sebelum lesen kenderaan bertukar menjadi lesen penuh (lesen memandu kompeten).

Mana-mana pemegang lesen memandu percubaan yang telah mengumpul 10 mata demerit atau lebih akan menyebabkan lesen memandu percubaan dibatalkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan pemnadu Myvi tersebut yang dianggap berbahaya dan mampu meragutnya nyawa pengguna jalan raya yang lain.