Video abang dodoikan adik di celah barang-barang niaga ayah buat ramai tersentuh

Video abang dodoikan adik di celah barang-barang niaga ayah buat ramai tersentuh

 

Perkongsian video abang dodoikan adik di celah-celah barang perniagaan bapanya telah menyentuh hati pengguna media sosial apabila dikongsi di platform TikTok seminggu lalu.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai syedaidiliqram, dapat dilihat anak lelakinya mendodoikan adiknya yang masih bayi di dalam van perniagaan ketika dia berada di kerusi pemandu.

@syedaidiliqram

abang dan adik♥️ #🥰kasihsayangtiadapenghujung🥰

♬ Anak Lelakiku – Irfan Hakim

Selain tong gas, bekas-bekas mengisi minuman dan kotak bekas meletak telur juga kelihatan menandakan mereka memang benar-benar menjalankan perniagaan gerai.

Video berdurasi 29 saat itu telah ditonton lebih dari 700 ribu viewers di TikTok sejak kali pertama dimuat naik seminggu lalu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memaklumkan tersentuh melihat momen cukup mengharukan tersebut kerana dapat merasakan betapa kanak-kanak lelaki berkenaan begitu menyayangi adiknya.

Mereka juga percaya kanak-kanak terbabit merupakan seorang abang yang bertanggungjawab kerana tidak kekok menjaga adiknya yang masih bayi sewaktu ibu dan ayah mencari rezeki.

abang dodoikan adik

abang dodoikan adik

abang dodoikan adik

Melihat dari situasi yang sangat istimewa ini, boleh disimpulkan bahawa ibu bapa mereka berjaya mendidik anak-anak menjadi seorang yang cukup bertanggungjawab serta saling sayang antara satu sama lain.

Semoga mereka membesar menjadi anak-anak yang berbakti serta membahagiakan ibu dan ayah.