Dalam satu babak, disebutkan tentang nama Abdullah bin Mubarak yang dikatakan sahabat Nabi tetapi tidak.

Wakil Studio Kembara telah tampil memberi penjelasan melalui satu post di Facebook Halim Abdulrahman Halim.

Assalamualaikum Tuan Halim. Saya daripada Tim Studio Kembara. 
Terima kasih atas pembetulan tentang Abdullah bin Mubarak. Usaha murni ini amatlah penting untuk memastikan displin ilmu ke arah terus di pelihara keaslian dan kefahaman yang benar kepada masyarakat kita. Sebenarnya bahagian ini telah disunting selepas ditegur oleh penasihat syariah. 
Dan semua tayangan pagawam hanya menyiarkan filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja. 
Untuk tayangan Netlix, kami baru maklum bahawa ada sedikit kekeliruan file dan kami sedang minta Netflix untuk menayangkan Filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja. 
Segala tulisan Tn Halim terhadap Filem Mat Kilau kami ambil positif untuk menambahbaik produksi seterusnya. Jazakumullah khairan jaza’ Semoga terus menegur untuk kebaikan bersama.

Nampaknya, kesalahan tak sengaja ini rupanya menyebabkan kesemua penonton telah menonton versi uncencored yang mempunyai perbezaan dari apa yang ditonton di pawagam.