Ustazah viral dakwa salam artis boleh rosak roh & jiwa

Ustazah viral dakwa salam artis boleh rosak roh & jiwa

 

Umum mengetahui isu bersalin dengan doktor lelaki masih belum reda di media sosial kerana ramai individu memberikan pendapat peribadi mereka berhubung isu berkenaan.

Terbaru, nama Ustazah Siti Afifah Shahbudin kembali menjadi perbualan netizen. Kali ini, beliau mendakwa bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa?

Rosak roh kita

Orang dulu-dulu berebut, kalau jumpa ulama berebut nak salam, bukannya kita berebut-rebut nak salam dengan artis. Salam artis tu ia rosak roh kita, jiwa kita akan rosak bila kita bersalaman dengan artis dan sebagainya. Tetapi bila kita berjumpa dengan orang yang rajin ibadah, jumpa dengan orang tua kita ada roh dan jiwa tersendiri.

Menurut Ustazah Afifah, bersalaman dengan orang agamawan lebih baik jika dibandingkan bersalaman dengan artis. Ustazah Afifah turut mendakwa, orang yang rajin beribadah ini mempunyai roh dan jiwa tersendiri. Video yang dimuat naik di TikTok itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen mendakwa ustazah tersebut sengaja mencari publisti di media sosial. Tambah netizen, ustazah tersebut juga didakwa mengeluarkan kenyataan yang belum dikenal pasti fatwanya.

@sunnahtidakberbohong

#aurasalam #sunnahtidakpernahbohong

♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin