Ustazah Asma’ jawab sindiran Baby Shima, “Konsert di Kelantan patuh syariah..”

Ustazah Asma’ jawab sindiran Baby Shima, “Konsert di Kelantan patuh syariah..”

 

Baru-baru ini, penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila sering menjadi mangsa kecaman dan perhatian ramai apabila berpenampilan seksi dan melakukan aksi agak keterlaluan.

Baby Shima atau nama a sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, individu yang sering mendapat teguran dan komen pedas pedas daripada mereka yang berilmu tinggi seperti ‘pendakwah bebas’ adalah dirinya dan bukannya kepada orang lain.

Pemilihan golongan tertentu itu adalah tidak wajar dilakukan dan dia mempertikaikan tiada mana-mana pendakwah tegur penganjuran konsert di Kelantan baru-baru ini.

Terima kasih Cik Shima, buka mata kami – Ustazah Asma’

Susulan itu, seorang pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil bersuara mengenai perihal penganjuran konsert di Kelantan.

Sebelum itu, Ustazah Asma’ mengucapkan terima kasih atas kesudian pelantun lagu berjudul Lalai menyuarakan pandangannya terhadap isu tersebut.

“Terima kasih Cik Shima. Buka mata kami, wujudnya konsert di Kelantan seperti ini.

“Saya agak ketinggalan dalam isu ini, baru dapat menelitinya semalam. Ada hikmah apa yang Cik Shima bangkitkan.” tulis Ustazah Asma’ pada hantaran di laman Facebook miliknya semalam.

Ustazah Asma’ berkata, isu berbangkit itu secara tidak langsung membuatkan dirinya tahu bahawa terdapat kawalan dan syarat yang ketat terkandung dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantas serta Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003.

Tahniah kerajaan Kelantan

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memastikan masyarakat setempat berhibur mengikut syariah yang ditetapkan meskipun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.

Kami bukan anti Baby Shima

Jelas Ustazah Asma’ lagi, golongan pendakwah ini bukanlah anti dengan Baby Shima atau mana-mana penyanyi dan penari seperti dia.

Sebaliknya, mereka sudi menganjurkan sebuah konsert tertutup khusus buat golongan perempuan sahaja seandainya Baby Shima dan rakan artis mahu turut-serta mengalunkan lagu bersesuaian seperti nasyid mahupun qasidah.

Di akhir hantaran terbuka itu, Ustazah Asma’ berharap agar industri hiburan di Malaysia ini akan berlandaskan pada syariah sebenar seperti digariskan dalam agama.