Ustaz Kazim dihina, peminat K-pop ‘backup’ & viralkan #protectustazkazimelias

Ustaz Kazim dihina, peminat K-pop ‘backup’ & viralkan #protectustazkazimelias

Mesra disapa Ustaz Kazim, beliau menyatakan rasa kesal apabila ada individu sanggup mengecam dan mengutuk dirinya di laman sosial, walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

 

“Rasanya tak pernah saya kacau depa, tak kenal pun. Tapi sedap sungguh mengata. Alhamdulillah,” tulis Ustaz Kazim di ruangan kapsyen.

Justeru itu, rata-rata warganet membanjiri posting berkenaan dengan memberi kata-kata semangat serta menyelar perbuatan individu-individu terbabit dan menyifatkan mereka sebagai biadab.

Peminat K-Pop back up Ustaz Kazim

Bukan itu sahaja, para peminat K-Pop juga tidak ketinggalan ‘bersatu’ memberi sokongan kepada pendakwah berusia 49 tahun itu dengan mewujudkan tanda pagar #protectustazkazimelias yang kini trending di laman sosial Twitter.

Walaupun peminat K-Pop sering dicemuh oleh warganet, kini mereka pula mempersoalkan kenapa ada juga individu  yang tergamak menghina seorang ‘ustaz’ sedangkan insan tersebut bertanggungjawab mengajar ilmu agama kepada orang lain.

Adab letak mana?

Lupakan Janna Nick, jom #protectustazkazimelias

Tolong trendingkan isu ni

Ustaz Kazim tak patut dibenci

Tularkan #protectustazkazimelias

Sebelum ni kecam peminat K-pop, sekarang Ustaz pula

Terdahulu, peminat K-Pop telah dikecam oleh warganet dan disifatkan terlalu obses apabila mereka bersatu hati mempertahankan kumpulan Blackpink susulan isu pelakon Janna Nick yang didakwa menghina salah seorang ahli kumpulan terbabit dengan julukan ‘Lisa Blackpig’.

Sumber: #protectustazkazimelias