Ustaz Elyas dedah 3 tanda rumah yang disukai makhluk halus

Ustaz Elyas dedah 3 tanda rumah yang disukai makhluk halus

 

Penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Elyas Ismail memuatnaik sebuah video di akaun TikTok beliau mengenai tanda-tanda kediaman disukai makhluk halus

Tiga Tanda Rumah Disukai Entiti Halus

Menerusi perkongsian Ustaz Elyas di akaun TikToknya itu, penceramah ini mendedahkan terdapat tiga perkara yang menyebabkan rumah kediaman disukai entiti halus.

“Yang pertama sekali adalah rumah yang tak pernah dibacakan ayat Quran, sama ada surah al-Baqarah ke atau pun mana-mana surah yang lain. Rumah tu sendiri tak pernah dibacakan ayat al-Quran.

Yang keduanya adalah rumah yang langsung tak pernah didirikan solat. Sebab itu nabi sebut, solat yang paling afdal adalah solat di rumah kecuali solat fardhu buat di masjid. Tapi kalau dirumah langsung apa sembahyang sunat pun tak pernah dibuat, ingat bimbang takut syaitan makhluk halus dia suka rumah tersebut.

Yang ketiganya adalah rumah yang kotor tak dijaga kebersihan, busuk dan macam-macam lagi. Tolonglah jaga kebersihan.” Ujarnya

@ustazelyasismail

Memang seramm rumah macam ni..#fyp #foryourpage #ustazelyasismail #nasihat #foryoupage

♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

Video tersebut juga dikongsikan di akaun Instagram beliau, dan memuatnaik perkongsian tersebut di media sosialnya. Ustaz Elyas juga menulis sedikit coretan, mengingatkan pada diri dan orang ramai agar sentiasa beringat dan berdoa agar Allah SWT pelihara kediaman dari makhluk halus.

“Memang seram kalau dalam rumah jadi macam ni.. Walaupun rumah sendiri.. Kena beringat sentiasa, moga Allah pelihara kediaman saya dan kita semua..” Tulisnya meninggalkan pesan

Netizen Berkongsi Pengalaman Seram

Melihat video yang dikongsikan pendakwah ini di Instagramnya, ramai warganet mengucapkan terima kasih atas perkongsian diruangan komen dan ada juga yang berkongsi cerita tentang pengalaman menakutkan yang mereka pernah alami di rumah.

“Syukran ya ustaz”

“Terima kasih ustaz mengingatkan kami semua”

“InsyaAllah” komen mereka

“Masa tu solat lewat sebab letih.. Tetiba rasa takut sangat.. Dapat rasa ada seseorang rapat sangat dengan kita berdiri belakang.. Saya teruskan solat, nak nangis. Dalam hati sebut Allah banyak kali”

“Jiran sebelah tak jaga kebersihan.. Rumah dia memang kalau tetamu datang, ingat rumah bujang. Padahal tuan rumah dah berumur sebaya mak ayah saya.. Tempias dia pada kami. Awal-awal masuk rumah selalu mengugau malam. Bulan ramadhan kena denggi.

Banyak kali kena bau bangkai, tak tahu datang dari mana.. Terbaru anak perempuan yang bongsu 2 tahun duk berlari-lari nangis, tiba-tiba kata nampak hantu.. Ujian kami” kongsi mereka

Semoga Allah SWT pelihara kediaman kita semua dari makhluk halus.