Ustaz Azhar Idrus perjelas hukum orang dewasa tidur dengan anak patung seperti ‘teddy bear’
Boleh dikatakan hampir setiap rumah pasti ada memiliki atau menyimpan anak patung atau digunakan semasa tidur untuk dijadikan sebagai bantal.
Namun, adakah boleh kita sebagai orang islam untuk menyimpan patung atau teddy bear di rumah?
Menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hukum tidur dengan patung mainan adalah haram kepada wanita yang sudah baligh. Jelasnya, hanya kanak-kanak dibenarkan bermain patung permainan.
@syazamran95 اَللهُم صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّد🤍✨#bismillahfyp#selawat #fyp#fypシ #teddybear #haram#fypdongggggggg #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡
“Sekarang ini, ramai sangat budak perempuan tidur dengan patung, hukumnya haram, tak boleh. Patung-patung ini hanya untuk kanak-kanak bermain.
“Fasal apa anak-anak dara kita umur 18 ke 20, awek-awek tidur letak patung bear lah, ‘adudu’ lah atas kepala. Sebab mereka tengok daripada artis-artis.
“Ayah-ayah tengok balik bilik anak dara, kalau ada patung-patung, hukumnya haram,” katanya pada satu sesi ceramah yang dikongsikan semula di TikTok.
Tegasnya, anak patung mainan tidak boleh disusun rapi dan diletakkan di almari sebagai perhiasan. Hukumnya juga haram kerana kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah.