Usahawan terkenal tak dapat tahan sebak, kucing kesayangan mati selepas 18 tahun hidup bersama
Usahawan menangis apabila salah seekor kucing kesayangannya yang diberi nama Gora mati akibat sakit tua setelah 18 tahun hidup bersama dengan keluarganya.
Beliau yang juga usahawan terkemuka tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tidak dapat menahan sebak apabila kucing kesayangannya menghembuskan nafas terahir di hadapannya.
Menerusi hantaran di TikTok, dilihat Haliza sedang menguruskan ‘perjalanan terakhir’ buat kucingnya dengan membungkus jasad Gora sebelum ditaman di laman rumah.
Dalam hantaran itu, Haliza memaklumkan Gora sudah lama bersama keluarganya selain menjadi saksi kejayaan yang dikecapi pada masa ini.
Haliza bagaimanapun reda dengan pemergiaan salah seekor kucing kesayangan dan mohon maaf seandainya ada kekurangan sepanjang mereka bersama.
“Rehatlah Nak. Rehat dengan tenang. Tunggu Mama, Papa, Abang, Kakak Baby di titian sirat nanti.
“18 tahun Gora menjadi saksi susah senang, jatuh bangun kami. Sempat Gora kecapi setiap kejayaan dan pencapaian keluarga kita. Tugas Gora sudah selesai. Apa jua impian sudah pun kita capai. Mama pula lepas balik haji dah sihat sepenuhnya. Usah Gora risau lagi, Allah akan jaga Mama.
“Gora tiada lagi zikir gora untuk kami sekeluarga, tiada lagi tempat Mama mengadu.
“Mama redha, Mama halalkan semuanya. Kami mohon maaf jika ada terkasar, termarah terkurang beri kasih sayang pada Gora,” tulisnya.
Tambah, usahawan berusia 47 tahun itu lagi, meskipun anak-anaknya tidak sempat pulang, namun dia yakin mereka akan membawa pulang segulung ijazah dari luar negara ke pusara Gora.
“Mama yakin, anak-anak Mama semua boleh meneraju meneruskan empayar perniagaan Bawal Exclusive sebagaimana yang Mama Papa dan Gora harapkan. InysaAllah,” coretnya penuh harapan.
@halizamaysuri Coretan Abang Wan meruntun jiwa Mama 😭 Saya selalu menginginkan adik lelaki. Satu hari mama papa membawa awak pulang dan sejak itu awak menjadi adik lelaki saya. Kita bermain, bergaduh dan bermanja bersama-sama dan habis awak menggigit dan mencakar saya. Kita selalu bermain kejar-kejar di rumah. Part yang paling awak suka mengejar dan menggigit kaki saya dan kadang saya pulak yang mengejar awak semula. Waktu berlalu dan kita sendiri menjadi saksi kita membesar bersama-sama. Setiap kali ada pencapaian yang saya lakukan, saya tak pernah lupa untuk kongsikan dengan awak dan saya tahu awak berbangga dengan saya. Dari saya bersekolah rendah sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ataupun dari saya masih bujang sehinggalah saya berumahtangga, awak sentiasa menjadi saksi setiap detik perjalanan saya. Awak tempat saya berkongsi cerita setiap kali sebelum tidur. Teringat waktu sebelum saya melangkah keluar untuk meneruskan pengajian di luar negara, saya minta awak tunggu saya sehingga saya selesai dan lulus dengan jayanya. Saya tak sabar nak kongsikan berita itu dengan awak selepas saya pulang ke rumah suatu hari nanti. Saya tahu awak sangat kuat dan saya rasa permintaan saya itu pun akan menjadi salah satu penguat awak untuk bertahan sehingga saya balik. Tetapi masa mama call semalam dan beritahu yang mereka sudah redha dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan minta saya turut sama merelakan andai terjadi sesuatu kepada awak. Doktor sudah maklumkan yang awak akan pergi juga bila-bila masa dalam waktu terdekat tapi awak kuat dan masih bertahan. Dan perkara yang paling membuat saya terkilan adalah saya jauh. Saya tak ada bersama dengan awak disaat-saat begini. Saya mengambil masa untuk redha dan menerima dengan segala apa yang berlaku. Akhirnya saya kuat juga untuk hubungi mama papa dan menyatakan yang saya sangat bersyukur dan bahagia dengan kehadiran awak. Dan saya sangat berterima kasih sebab menjadi adik lelaki yang selalu saya inginkan. Sejurus selepas panggilan itu, awak pergi meninggalkan kami dengan aman. Selama ini saya mengelak untuk menghubungi awak kerana saya tidak dapat menerima hakikat bahawa awak akan pergi sedangkan saya berada jauh. Dan sekarang saya sedar awak kuat bertahan selama ini kerana awak menunggu saat ini. Saat dimana saya menghubungi awak untuk awak mengucapkan salam terakhir sebelum awak pergi. Saya gembira dan bersyukur kerana kita menamatkan ini dengan baik. Saya harap awak gembira tinggal bersama kami selama 18 tahun ini. Abang Wan UK2024 #kisahgora