Usahawan terkenal cetus kontroversi lagi, buat gaya ‘melancap’ untuk promosi tudung
Perkongsian terbaharu, usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menerima kecaman ramai apabila ia diatakan keterlaluan dan menjatuhkan maruah.
Mana tidaknya, video yang dimuat naik oleh usahawan berusia 35 tahun itu dilihat seolah-olah sedang beronani di bawah selimut dan isterinya Datin Shahida turut berada bersebelahan dengannya di atas katil.
Apa lebih mengecewakan apabila video tersebut adalah bertujuan untuk mempromosikan tudung muslimah namun ‘marketing’ yang diketengahkan oleh usahawan tersebut adalah tidak bersesuaian. Bukan itu sahaja, bahkan anak perempuannya iaitu Qadejah El Zahra juga memperagakan tudung dalam video tersebut.
Hilangnya maruah demi kekayaan….Tak tahu malu kat anak ke?
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka meluahkan kekesalan dengan tindakan Aliff yang ternyata masih tidak insaf menggunakan taktik murahan bagi menarik perhatian ramai.
Seperti yang dikatakan oleh bekas pengacara Motif Viral, pempengaruh media sosial kebanyakannya sengaja memuat naik video kontroversi walaupun tahu perbuatan itu akan mengundang kecaman ramai. Namun disebabkan mahu mendapatkan perhatian atau melariskan sesuatu, etika menggunakan media sosial diketepi bagi memastikan ‘keuntungan’ tercapai
“Saya kena sedar diri yang saya akan tua. Tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Sekarang bukan nak ‘gelenya-gelenya’ (gedik) lagi. Saya tak nak dah. Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.”katanya awal tahun lalu.
Sekadar info, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 serta dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahr, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arsyiah.