Usahawan kosmetik terkenal bakal masuk pusat pemulihan sekadar gimik produk baharu?

Usahawan kosmetik terkenal bakal masuk pusat pemulihan sekadar gimik produk baharu?

 

BAKAL direhabilitasi dalam masa terdekat, usahawan kontroversi dan selebriti, Safiey Illias memberitahu bahawa dia akan berehat dan dirawat selama tiga hingga enam bulan.

Berkongsi di laman Instagram, pemilik nama, Mohd Saifuddin Illias, 28, itu mengatakan bahawa dia akan dipantau oleh doktor pakar mental dan psikatri yang dikenali dengan nama Dr. Hazli.

“Doakan saya semua, maafkan saya jika kecewakan anda semua.

“Berilah saya peluang selepas saya berjaya memulihkan jiwa dan raga saya,” katanya.

Tambah penyanyi lagu Syinta Gila itu, sepanjang tempoh mendapatkan rawatan dia akan menyerahkan urusan perniagaan kepada adik dan ayahnya.

Dia juga memohon orang ramai supaya mendoakan kesembuhannya dan meminta maaf atas salah dan silapnya.

Perkongsian tersebut begitupun mendapat respons yang bercampur-baur daripada pengguna Instagram, yang mana ada di antara mereka yang mengatakan bahawa kenyataan Safiey itu hanya sekadar gimik untuk melariskan produknya.

Perkara itu turut dinyatakan oleh seorang pemilik akaun aneopp_, yang menulis di ruangan komen.

Tulisnya, ” Nak keluarkan produk baharu rasanya, kita tengok nanti semua.”

komen safiey 2

Sementara itu pemilik akaun pemuisisenyap pula meninggalkan komen mengatakan bahawa dia tidak tahu sama ada mahu mempercayai kata-kata usahawan tersebut.

Tulisnya, sebelum ini Safiey pernah membuat pelbagai kenyataan tentang mahu berubah yang mana akhirnya ia hanya sekadar gimik untuk mempromosikan produknya.

“Tidak tahu mahu percaya atau tidak, sebelum ini ada kongsi macam-macam, mahu insaf berubah bagai tetapi semuanya gimik untuk lariskan produk.

Tolonglah jangan buat lagi teknik cheap marketing, kalau mahu berubah, buat betul-betul, jangan pergunakan perhatian orang untuk kepentingan diri sendiri, apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

komen safiey 1

Walaupun ada yang mendakwa ia sekadar gimik, masih ada peminat lain yang turut mendoakan agar Safiey cepat sembuh dan terus istiqamah jika dia benar-benar mahu berubah.