“Usaha tak mengkhianati hasil” – Kadet bomba kalungkan pingat pada cikgu lepas menang kawad kaki buat ramai sebak
Tak dinafikan, di sebalik pencapaian para pelajar ada pengorbanan para guru yang tak kenal erti lelah mengajar mereka sehingga berjaya.
Satu perkongsian video oleh @carapzzz di TikTok menunjukkan momen indah ahli kadet bomba beramai-ramai mengalungkan pingat perak kepada cikgu mereka selepas berjaya memenangi pertandingan kawad kaki.
Tindakan tersebut sebagai tanda mereka menghargai jasa cikgu yang sudah banyak berkorban masa, tenaga serta melayan setiap kerenah ahli kadet.
Nak menjaga 35 orang dengan 35 perangai bukan perkara mudah. Memerlukan kesabaran, pengorbanan dan komitmen yang tinggi.
Bukan semua mampu bertahan kena marah, jerit, denda, latihan pagi sampai lewat petang. Tapi, 35 orang ni lah betul-betul yang ada mental dan fizikal yang kuat.
Sambil ahli kadet mengalungkan pingat, cikgu tersebut menangis terharu dengan kejayaan mereka.
@carapzzz Nak menjaga 35 orang dengan 35 perangai berbeza bukan perkara yang mudah. Memerlukan kesabaran, pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Bukan semua mampu bertahan kena marah, kena jerit, kena denda, kena training pagi – lewat petang. Tapi 35 orang ni lah betul ii yang ada mental dan fizikal yang kuat.Penantian dari 2018 untuk ke Peringkat Negeri membuahkan hasil. Walaupun tak berjaya ke peringkat kebangsaan KPM 🥈atas sebab ii yang tidak sepatutnya (Penalti Aksesori). Tapi Allah gantikan dengan rezeki panggilan Kebangsaan Balai🔥. Anyways Pasir Gudang masih mengekalkan Johan Keselurahan Kawad Kaki GO 2024 Negeri Johor.Goodluck untuk Kebangsaan Balai nanti, tebus balik kejuaraan. Ingat! Tak Johan Balai, Kadet ada hutang dengan saya🤪#kawadkaki #fyp #viral #johor #bomba
Pemilik video berkata mereka sudah lama menunggu rezeki untuk bertanding ke peringkat negeri anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan akhirnya membuahkan hasil walaupun bukan meraih johan untuk tahun ini.
Namun, mereka mendapat panggilan untuk menyertai pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan di bawah anjuran balai.
Walaupun tak berjaya ke peringkat kebangsaan KPM atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya (Penalt Aksesori). Tapi Allah gantikan dengan rezeki panggilan Kebangsaan Balai.
Bagaimanapun, mereka bersyukur dengan rezeki tersebut dan akan berlatih bersungguh-sungguh untuk menempa nama di peringkat kebangsaan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat video tersebut.