“Untung gila” – Netizen teruja lihat pelumba F1, Lewis Hamilton lawat sekolah di Keramat

“Untung gila” – Netizen teruja lihat pelumba F1, Lewis Hamilton lawat sekolah di Keramat

 

Pelumba hebat yang juga merupakan juara bertahan Grand Prix (GP) Formula 1 (F1), Lewis Hamilton mencuri perhatian netizen apabila hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat, pada Jumaat.

Menerusi video yang dimuat naik @cikyayaputri di TikTok, Hamilton dilihat naik ke atas pentas selepas kedatangannya diumumkan oleh pengacara majlis.

@cikyayaputri

Lewis Hamilton datang yall. Welcome to SMK! 🎉#kualalumpur #lewishamilton #f1 #petronas

♬ original sound – Formula 1

 

Lewis kemudiannya dilihat menyantuni dan beramah mesra bersama beberapa orang pelajar di sekolah tersebut.

Difahamkan, Hamilton hadir ke sekolah berkenaan bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKSK ‘Jalinan Petronas Petrosains Bersama Lewis Hamilton’.

Bukan itu sahaja, Hamilton yang bakal bersama dengan pasukan Ferrari pada tahun 2025 juga dikatakan bakal berada di KLCC pada 15 Mac nanti.

Hantaran yang tular tersebut telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya teruja melihat keberadaan Hamilton di sekolah berkenaan.