‘Unfollow’ Bella Astillah dan kongsi doa & kata-kata hikmah, ibu Aliff Aziz diminta henti backup anak

‘Unfollow’ Bella Astillah dan kongsi doa & kata-kata hikmah, ibu Aliff Aziz diminta henti backup anak
 

Sebelum ini ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil memberikan kata-kata semangat tanpa mention seseorang untuk tidak berputus asa dengan ujian yang menimpa dan kembali berdoa kepada Allah di Insta Story telah menarik perhatian ramai.

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada penyanyi itu didakwa sudah unfollow menantunya, Bella Astillah di Instagram.

Bukan itu sahaja, terdapat satu hantaran yang dibuat Hafiza telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku.

Kalau korang tengok ruangan komen, ada segelintir netizen yang meminta ibu kepada Aliff itu agar tidak sentiasa menyebelahi anaknya dan ada juga yang memberikan kata-kata semangat dan doa buat keluarga mereka.

Walau bagaimanapun, Bella Astillah dikatakan masih lagi mengikuti ibu mentuanya itu sehingga kini.