Undi percaya: Lagi kuat kalau berita ini datang dari Istana Negara, daripada kenyataan ‘menteri junior’

Undi percaya: Lagi kuat kalau berita ini datang dari Istana Negara, daripada kenyataan ‘menteri junior’

 

PM Tidak Perlu Lalui Undi Percaya?

1. Ini cerita cakap atas cakap. Terpulanglah kepada masing-masing untuk membuat kesimpulan.

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bagi tahu sidang media yang Perdana Menteri, Ismail Sabri, bagi tahu dia bahawa Yang di-Pertuan Agong bagi tahu dia (Ismail Sabri) yang dia (Ismail Sabri) tidak perlu lalui undi percaya di Dewan Rakyat.

3. Wan Junaidi kata, Perdana Menteri bagi tahu perkara itu kepada dia ketika mesyuarat Kabinet pertamanya.

4. Mesyuarat Kabinet pertama yang Ismail Sabri pengerusikan adalah pada hari Rabu, 1 September lalu. Sudah satu minggu.

5. Sepatutnya berita besar macam ini, Perdana Menteri sendiri kena umum dengan serta-merta apatah lagi berita ini sangat baik baginya.

6. Tapi pasal apa tunggu sampai seminggu untuk dihebahkan dan bukan oleh Perdana Menteri tetapi oleh Wan Junaidi?

7. Adakah Perdana Menteri bagi tahu Wan Junaidi seorang saja? Apa hal dengan Menteri-menteri lain?

8. Selalunya berita besar dan sensasi macam ini tidak tahan lama di perut. Macam mana pun ia akan pecah juga di mulut. Tapi ini tahan sampai seminggu.

9. Kalau betul ada titah macam itu, tidak perlulah susah-susah Peguam Negara, Idrus Azizan Harun buat kenyataan pertahan kedudukan bosnya sampai dituduh “derhaka” kepada Yang di-Pertuan Agong.

10. Rasanya lagi kuat kalau berita ini datangnya daripada Istana Negara sebab rasanya orang ramai lebih percaya kepada kenyataan Istana Negara daripada kenyataan seorang menteri junior.

11. Harap-harap Mak Cik Kiah tidak tertipu lagi sebab sekarang Perdana Menteri sudah berganti.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Mutakhir: Amaran. Mohon berhati-hati apabila mengulas. Awas Akta Hasutan dan Akta SKMM. Terima kasih.

Sumber: A Kadir Jasin