Undang padah, lelaki kantoi rakam sambil tunjuk ‘jari tengah’ pada polis

2 Tahun tidak menyambut sambutan Hari Kebangsaan, pastinya orang ramai sudah tidak sabar menjadi saksi kepada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 pada tengah malam tadi.
Malah, dilaporkan orang ramai sanggup di Dataran Merdeka seawal 4 pagi ini bagi menyambut sambutan ulang tahun hari bersejarah ini.
Di sebalik kemeriahan serta kegembiraan orang ramai pada malam sambutan Hari Kebangsaan, tular sebuah video yang menyaksikan tindakan seorang lelaki yang merakam dirinya sambil menunjuk jari tengah pada pihak polis wanita yang bertugas.
Nasib tidak menyebelahi dirinya apabila tindakannya itu ‘kantoi’ dilihat oleh seorang pegawai polis membuatkan dirinya digari pada malam Merdeka.
Orang Indonesia ni. Dia tunjuk fuck kat polis wanita. Kebetulan polis lelaki tu pusing. 🤣
— ₆⁶₆ςιδ²³₆⁶₆ Seller iPhone! (@Tsgxy_) August 30, 2022
Tindakan yang dilakukan jelas mendapat perhatian netizen selepas bertindak biadap terhadap pegawai polis.
Lebih membuatkan para netizen berang, difahamkan lelaki tersebut merupakan warga Indonesia yang seolah mencemarkan sambutan Hari Kebangsaan.
Berikut merupakan respon netizen terhadap tindakan yang dilakukan.
Tahniah @PDRMsia yg ambil tindakan tangkap lelaki dalam video 💪 https://t.co/KAAAnwJOJZ
— Aus (@aus_636) August 31, 2022
Naya kena https://t.co/w4ctmZPdbd
— دب (@AzfarAdib) August 31, 2022
Padan muka https://t.co/7fvgUGEzM3
— Z (@wnzkwn) August 31, 2022
Seperti ramai sedia maklum, seharusnya orang ramai perlu menghormati sensitiviti sesama rakyat serta memaparkan tindakan yang mampu mengundang padah.
Merakam diri sendiri sambil menunjukkan jari tengah pada pihak polis sama ada demi konten atau sebagainya jelas bukan contoh yang baik yang mampu memberi kesan kepada diri.