Umum harga ayam turun 20 sen sambil minum air Evian RM4.50

Satu klip video menunjukkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat kos sara hidup secara tidak sengaja menarik perhatian kepada kemewahan yang dinikmati pegawai tinggi kerajaan.
Klip video selama 26 saat itu menunjukkan Ismail mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Jan lalu.
Menurut ciapan di Twitter Ismail, mesyuarat khas tersebut memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 kepada RM8.90 sekilogram. Harga berkenaan ditetapkan dari tempoh 5 Feb hingga 5 Jun.
Video tersebut, yang dimuat naik di akaun media sosial Pejabat Perdana Menteri, menunjukkan mereka yang hadir di mesyuarat berkenaan dihidangkan setiap seorang dengan sebotol air Evian 500ml.
Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 sekarang kepada RM8.90. Harga telur ayam semua gred KEKAL spt harga kawalan SHMKM.@IsmailSabri60 @kpdnhep pic.twitter.com/kb5N7CXBqr
— Pejabat Perdana Menteri (@MalaysiaPMO) January 31, 2022
Air berkenaan dijual pada harga RM4.50 berdasarkan laman web Jaya Grocer.
Laman web pengeluar air berkenaan menyifatkan produk itu sebagai “air mata air semula jadi mengandungi hanya elektrolit semulajadi dari Pergunungan Alps Perancis” dan dihasilkan oleh syarikat Perancis, Danone.
Sebagai perbandingan, pasar raya yang sama menjual air Spritzer 600ml- dibotolkan di Taiping, Perak – pada harga RM1.25. Dalam erti kata lain, sebotol Evian adalah 3.6 kali lebih mahal.
Video berkenaan mendapat kritikan pedas daripada Endie Shazlie Akhbar, bekas setiausaha akhbar Dr Mahathir Mohamad, di twitter.
“Combined (Gabung) gaji orang yang hadir di mesyuarat ni mencecah RM1 juta sebulan, tapi hasilnya ialah harga siling ayam kurang 20 sen. Yang penting, makanan time mesyuarat kena sedap, video kena gempak,” katanya.
Combined gaji orang yang hadir di mesyuarat ni mencecah RM1 juta sebulan, tapi hasilnya ialah harga siling ayam kurang 20 sen. Yang penting, makanan time mesyuarat kena sedap, video kena gempak. #KerajaanGagal #KerajaanBuatLawak https://t.co/1S6oHvuQRb
— Endie (@The_Endie) February 2, 2022
1500 ml bottle of Evian cost almost as much as one kg of chicken?
That is something I learnt today : thanks to the Gov high powered cost of living Comm.
Thanks
— khalid karim Parti Orang Miskin (@khalidkarim) February 3, 2022
Hard to take this dramatic video seriously when it involves a 20 sen drop in the ceiling price for chicken.
Meanwhile, there is Evian mineral water (RM 8.70 per 500ml bottle – almost the same price of the chicken) on the table. https://t.co/UwIywTu0SK pic.twitter.com/ocQ5OvKMBY
— Azrul Mohd Khalib (@azrulmohdkhalib) February 2, 2022
Pengguna Twitter @datmagicalgirl pula mempersoalkan bukan sahaja mengenai kos air minuman berkenaan, malah juga kos menghasilkan klip video itu.
“Jangan lupa kos untuk katering, juruvideo dan penyunting video.
“(Semua ini) hanya untuk mengumumkan penurunan harga ayam sebanyak 20 sen. Saya tertanya-tanya apakah keputusan lain daripada mesyuarat ini,” tulis @datmagicalgirl.
Aside from the cost of Evian bottles, don't forget the cost going into catering, the videographers, and the video editors of this clip…only to announce a 20 cents reduction of the price of chicken? I'm wondering what other outcome came from this meeting? https://t.co/0UBdNSHN0o
— Your local Gang⭐️Star #LAWAN (@datmagicalgirl) February 3, 2022
Malaysiakini sedang menghubungi Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan ulasan.
Kos penternakan ayam meningkat sejak akhir-akhir ini disebabkan peningkatan mendadak kos makanan dan kekurangan buruh.
Penternak ayam bergantung kepada makanan import – terutamanya jagung, kacang soya dan gandum.
Kerajaan sebelum ini membenarkan import ayam bulat sejuk beku bagi membantu menurunkan harga bekalan itu di pasaran negara.
Menurut Jabatan Perangkaan, ayam menjadi komponen terbesar bagi item daging serta sumber protein utama pilihan rakyat Malaysia.
Purata rakyat Malaysia menggunakan 47.4kg daging ayam dan 20.7kg telur pada 2020. Sumber kedua adalah ikan iaitu 19.7kg setiap orang pada 2020.