Umno Perak hanya runding agihan kerusi dengan Pas, tak libatkan PN

Umno Perak hanya runding agihan kerusi dengan Pas, tak libatkan PN

UMNO Perak tidak akan campur tangan dalam hal berkaitan agihan kerusi membabitkan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, sebarang rundingan berkaitan agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya membabitkan Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Katanya, perkara itu jelas sebagaimana dipersetujui dalam rundingan Maufakat Nasional (MN).

“Saya tak campur (rundingan kerusi babitkan PN), UMNO dengan Pas. BN akan babitkan dengan Pas, yang ada di Perak dan di Malaysia hanya koloborasi dengan BN dan Pas.

“Kalau ada perundingan kerusi juga hanya babitkan BN dan Pas, rundingan yang lain saya tak boleh komen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Projek Jiwa Murni bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Surau Al-Islahiyah Pekan Lenggong hari ini.

Hadir sama, Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Mohd. Azmurin Mat Khalib berkata,

Semalam, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Ahmad Faizal Azumu memberitahu beliau dilantik untuk mengetuai Bersatu bagi membincangkan isu pengagihan kerusi parti itu dengan parti komponen lain dalam PN untuk PRU-15.

Ahmad Faizal turut menyangkal dakwaan bahawa partinya ingin mendominasi kerusi dan menegaskan mana-mana parti dalam PN berhak menyuarakan minat bertanding di mana-mana kerusi.

Beliau turut menegaskan, perbincangan berkenaan pengagihan kerusi dengan UMNO belum dimulakan.

Saarani berkata, UMNO dan Pas Perak kekal tidak akan bertembung di kerusi yang sudah dimenangi pada PRU-14.

Pada PRU-14, UMNO Perak menang 27 kerusi manakala Pas tiga kerusi.

“Kita (UMNO dan Pas) tak akan lawan di kawasan kita menang, yang lain kita akan agih.

“Status qou itu dikekalkan dan  itu juga persetujuan dalam Muafakat Nasional (MN),” katanya. – UO