Ume Cikin & Ryan Bakery jadi teladan, raih populariti tanpa perlu jual maruah diri

Ume Cikin & Ryan Bakery jadi teladan, raih populariti tanpa perlu jual maruah diri

 

Sejak kebelakangan ini ramai golongan muda mengimpikan untuk menjadi seorang pempengaruh media sosial sehingga sanggup memuat naik konten yang gedik dan keterlaluan demi mengejar populariti.

Pun begitu, tidak semua pempengaruh menghasilkan konten hiburan negatif. Sebaliknya wajar dijadikan contoh teladan kepada ramai kerana berjaya mencipta nama seperti Ryan Bakery dan Ume Cikin.

Macam2 kena hadap sebelum femes

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali @ShahAziddin mendedahkan salah seorang pempengaruh tersohor kini iaitu Ryan Bakery telah dibuang kerja dari bidang kargo penerbangan semasa pandemik melanda.

Susulan dibuang kerja, pemuda berusia 28 tahun berkenaan terpaksa pulang ke kampung halaman di Perak dan cuma melakukan kerja-kerja biasa sahaja sebelum memuat naik konten bersahaja.

Bukan itu sahaja, penampilan berbaju t-shirt, seluar sukan muka dipenuhi bedak tabur di mana ia benar-benar menggamit memori zaman persekolahan dan kanak-kanak.

Tak perlu gedik2 dan dedah aurat di media sosial pun boleh berjaya

Selain itu, ramai memuji pempengaruh wanita bernama Ume Cikin dengan celoteh bersahaja semasa membuat video aktiviti seperti memasak, bersama adik-beradiknya dengan percakapan yang laju dan mencuit hati.

Apa yang menariknya, Ume tidak perlu menjual maruah dirinya bagi meraih populariti seperti kebanyakan gadis di luar sana pada masa kini.

Difahamkan, Ume juga mempunyai latarbelakangkan bidang kejuruteraan tetapi tidak dapat bekerja dalam bidang tersebut. Tetapi, gigih belajar sesuatu yang baharu menjadi seorang content creator berilmu dengan menyertai kelas bagi memasarkan produk makanannya iaitu Acar Ikan Masin.

Tengoklah filem Mat Kilau, tak perlu dedah aurat pun boleh berjaya

Malah, pengguna Facebook dikenali Syahr Musafir turut menjadikan filem epik tersohor kini iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sebagai petanda aras industri perfileman boleh berjaya tanpa mendedahkan aurat barisan pelakon wanita kepada penonton.

“Mereka tak perlu tergedik, pakai seksi, lawak double meaning, pegang lelaki-perempuan, adengan pelik, semuanya tak perlu. Tapi masih boleh dapat penonton berjuta-juta.”tulisnya.

Rata-rata warganet bersetuju dengan perkongsian Syahr Musafir dengan mengatakan mereka ini tidak perlu menjual maruah diri semata-mata untuk terkenal.