UiTM buat laporan polis, dokumen sulit kronologi insiden pensyarah kontrak tersebar

UiTM buat laporan polis, dokumen sulit kronologi insiden pensyarah kontrak tersebar

 

Kecoh sejak beberapa hari ini insiden melibatkan seorang pensyarah yang didakwa memperlekeh seorang mahasiswa daripada golongan B40 gara-gara mengikuti Google Meet dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Insiden yang berlaku sekaligus membuatkan netizen berang sekaligus menjadi buah mulut dalam menyokong tindakan pensyarah berkenaan atau sebaliknya. Selain itu, terdapat juga perkongsian daripada mereka yang mendakwa mengenali pensyarah berkenaan dalam menjelaskan situasi yang berlaku.

Kes ini sekali lagi menjadi perbincangan pada awal pagi ini apabila tertiris dokumen sulit tiga muka surat mengenai laporan kronologi berhubung insiden tersebut yang turut mempamerkan nama serta butiran penuh mahasiswa berkenaan.

Terbaharu, menerusi perkongsian Twitter @redzuanNewsMPB, pihak UiTM dilaporkan telah membuat laporan polis berikutan dokumen sulit kronologi insiden tular di media sosial.

Menurut Nabi Canselor UiTM, laporan dibuat berikutan dokumen tersebut dikatakan sulit serta untuk melindungi UiTM, kakitangan serta para mahasiswa. Tindakan yang dibuat pihak UiTM turut mendapat perhatian para netizen yang tertanya-tanya pihak yang menularkan dokumen berkenaan.

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dalam memberi keadilan kepada kedua-dua pihak sekaligus mengelakkan isu ini daripada berulang pada masa akan datang.