Ubat sakit tekak pesakit Covid-19 naik harga, cecah RM100

Tedahulu, kecoh apabila ubat penahan sakit jenis Paracetamol semakin berkurangan di pasaran dek kerana ramai yang membelinya sebagai persediaan bagi menghadapi Covid-19.
Baru-baru ini, tular satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsi tentang ubat sakit tekak Difflam Anti-Radang Lozenges yang semakin habis dijual dimana-mana malah dinaikkan harga sehingga melebihi RM100 sekotak.
Menerusi ciapan tersebut, difahamkan harga asal ubat tersebut hanya sekitar RM16 dan ianya telah menjadi ubat khas buat pesakit Covid-19 yang mengalami masalah gatal tekak dan batuk.
Difflam Anti-Radang Lozenges habis dijual merata-rata sampai ada yang naikkan harga jadi RM100 sekotak secara online.
Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa kecewa apabila harga ubat-ubatan di pasaran semakin mahal sehingga membebankan mereka yang memerlukan terutama pesakit Covid-19.
Difflam lozenges sold out everywhere until there are people who mark up the price to RM100 online 🥶
— Nimelesh (@HausofHilton) March 9, 2022
“Last week beli RM21 something satu kotak.. mahal naaa..,” tulis seorang netizen.
“Difflam kalau restock hari ni, esok confirm habis. Barang baik i tell u,” tulis seorang warganet.
“Terus jadi harga yahudi. Nasib laa dekat rumah ni memang ada standdby,” tulis seorang pengguna Twitter.