Apakah hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun? Ini jawapan UAI

Apakah hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun? Ini jawapan UAI
Trend menyunting gambar manusia menjadi versi kartun kini semakin popular di media sosial. Namun begitu, timbul persoalan tentang hukum sebenar perbuatan tersebut dalam Islam.
Menjawab persoalan tersebut, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan bahawa hukum menyunting gambar kepada bentuk kartun bergantung kepada niat dan hasil akhirnya.
Apa hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun?
Ada ustaz dari luar negara kata hukumnya haram, betul ke?
Menurut Ustaz Azhar, pandangan tersebut ada benarnya. Namun beliau berpendapat, selagi suntingan tersebut tidak mengurangkan darjat kebesaran Allah SWT dan tidak menjatuhkan maruah seseorang maka hukumnya adalah harus.
Ada betulnya juga cuma pandangan saya andai kata perkara itu tidak mengurangkan darjah kebesaran-Nya, tidak menjatuhkan maruah orang bahkan menyukakan manusia kepada akhirat, hukumnya adalah harus.
Namun begitu, jika gambar itu diubah sehingga menghina orang lain dan menjadikan mereka bahan jenaka atau ejekan, maka ia boleh jatuh kepada haram.
Tapi kalau sampai jadi menghina orang, sampai menurunkan martabat orang yang patut kita muliakan, hukumnya dilarang syarak.
Bukan sahaja watak ulama, gambar-gambar anak beranak kita pun, kalau kita buat jdi benda hina hukumnya haram.
Kalau kita buat jadi mulia, kita tak berani nak kata haram.
Ustaz Azhar turut menegaskan bahawa hukum berubah bergantung pada niat serta cara gambar itu disunting dan digunakan. Sekiranya suntingan itu bersifat positif dan tidak merosakkan imej sesiapa, maka ia dibenarkan.
@ceramah.ustaz33 Apakah hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun.Ada ustaz dari luar negara mengatakan haram.. dengar pencerahan dari semoga bermanfaat 🙌 #ustazazharidrus #uaioriginal #pandanganulama #halalharam #editgambar #teknologi #ai #semogabermanfaat #ceramah #trendzamansekarang #trendingviral #mediasosial #foryoupage #fypage #fyppp