“Turn off siak” – Lelaki ini tak suka keluar shopping bawa perempuan

“Turn off siak” – Lelaki ini tak suka keluar shopping bawa perempuan

 

Keluar dating atau shopping bersama pasangan memang seronok, tapi yang menjadi masalah bila masing-masing ‘pakat kejung’ tidak mahu keluarkan duit.

Antara isu kerap dibahaskan, adakah lelaki sahaja yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas jumlah perbelanjaan setiap kali bertemu janji? Jika menjadi lumrah sekalipun, maka apakah pula peranan perempuan?

Bila saya shopping, tak suka ada perempuan teman…kena sedar hanyalah peneman, bukan anda punya duit

Baru-baru ini, nasihat yang dilontarkan oleh seorang influencer dikenali sebagai Aliff Awang atau Opai menerima bermacam reaksi di media sosial.

Ujarnya, golongan lelaki akan turn off sekiranya bawa perempuan keluar shopping sambil mengharapkan boleh guna duit pasangannya.

Oleh itu, wanita sebegini ditegur agar sedar diri bahawa wang tersebut merupakan hasil titik peluh orang lain.

 

Saya cakap tentang perempuan yang tak guna…kalau awak berguna, janganlah terasa

Gara-gara mengundang kecaman serta rasa tidak puas hati ramai, Opai kemudiannya tampil berikan penjelasan terhadap posting sebelum ini.

Pesanan itu hanya ditujukan kepada golongan tertentu saja, bukan menyalahkan perempuan secara keseluruhannya.

Selain itu, dia turut menasihati wanita bekerjaya di luar sana agar jangan sewenang-wenangnya ‘bela’ lelaki kacak tapi pemalas jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.

 

Keyakinan tahap dewa…manalah dia dapat tahap confident tinggi melangit macam ni?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kembali nasihatkannya agar jangan memperlekeh mana-mana jantina.

Dalam masa yang sama, mereka turut berseloroh influencer tersebut memiliki tahap confident yang sangat tinggi.

Secara keseluruhannya, klip video tular berkenaan telah meraih lebih 250 ribu jumlah tontonan di aplikasi TikTok setakat ini.

Lelaki ‘Turn Off’ Keluar Shopping Bawa Perempuan? Influencer Bagi Penjelasan

Lelaki ‘Turn Off’ Keluar Shopping Bawa Perempuan? Influencer Bagi Penjelasan

Lelaki ‘Turn Off’ Keluar Shopping Bawa Perempuan? Influencer Bagi Penjelasan