Tunjuk lagak tengah jalan, lelaki ‘terciduk’ pemandu wanita bawa jumpa abang polis

Tunjuk lagak tengah jalan, lelaki ‘terciduk’ pemandu wanita bawa jumpa abang polis

 

Adat memandu di jalan raya adalah tolak ansur sesama pemandu kenderaan yang lain. Jika berlaku sebarang kemalangan kecil ataupun salah faham ketika mengubah laluan, sepatutnya kedua-dua pihak menyelesaikannya dengan cara yang baik kerana negara kita masih mempunyai undang-undang.

Tunjuk lagak pulak

Perangai baran ataupun gangster perlulah disimpan seketika kerana ia pasti akan merugikan salah satu atau kedua-dua pihak tersebut.

Hal ini samalah seperti perkongsian yang tular di media sosial dan dimuat naik kembali akaun Twitter MALAYSIA MOST VIRALL apabila memuat naik video perilaku pemandu lori yang sakan menunjuk lagak kepada pemandu wanita yang menaiki Perodua Myvi di tengah jalan.

Masuk perangkap ke bro?

Apa yang membuatkan warganet berpuas hati adalah tindakan pemandu wanita itu yang memasang ‘perangkap’ dengan terus memandu ke arah sekatan jalan raya yang mana terdapat anggota polis yang sedang bertugas.

Pemandu lori yang mengikutinya dari arah belakang nyata tidak dapat berbuat apa-apa setelah pemandu Perodua Myvi itu mengadu perihal insiden yang terjadi dan pihak berkuasa segera menahan lori berkenaan untuk disiasat.

Kalau tak mabuk pun memang ada perangai manusia macam tu

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa lega melihat pemandu yang biadap seperti itu berjaya diambil tindakan dengan segera.

Mereka juga turut memberikan kredit kepada perakam video yang berjaya mengambil momen situasi tersebut dengan baik walaupun keadaan sebenar yang berlaku tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Dengan perempuan boleh la tunjuk lagak

Nasib baik ada polis dekat situ

 

Helok la tu kena tahan

Kualiti kamera okay

Ulasan boleh improve