Wanita banyak kali terlanjur enggan lagi buat dosa, tunang ugut langgan pelacur jika tolak permintaan
Wanita banyak kali terlanjur enggan lagi buat dosa, tunang ugut langgan pelacur jika tolak permintaan
Impian perkahwinan seorang wanita untuk mengecapi kebahagiaan rumah tangga bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita yang menjadi mangsa kekerasan bakal suami.
Menurut wanita berkenaan, tunangnya bukan sahaja bersikap panas baran, malah kerap mengasari dirinya secara emosi dan fizikal.
Menerusi satu luahan di grup Facebook ‘Masalah Rumah Tangga’, wanita itu mendedahkan dirinya bersama tunang sudah beberapa kali terlanjur.
“Saya dan tunang sudah selalu terlanjur. Tapi ada satu hari, saya penat sangat sebab buat kerja rumah seharian.
“Dia cakap nak datang rumah dan suruh saya bersedia untuk ‘bersama’,” katanya.
Menurut wanita itu, dia memberikan alasan dirinya terlalu penat dan tidak mampu memenuhi permintaan tunangnya.
Namun, respons yang diterimanya amat mengecewakan apabila tunangnya membuat ugutan terhadapnya.
Keadaan itu juga membuatkan wanita berkenaan tawar hati meneruskan rancangan perlahwinan.
“Bila saya cakap tak boleh, saya penat. Dia terus memberontak, marah-marah dan ugut saya.
“Dia kata kalau dia langgan pelacur nanti, jangan salahkan dia. Saya pun tak tahu nasib ke depan nanti.
“Kalau nak batalkan pernikahan, saya rasa terlalu ‘jauh’ sebab kami dah buat macam-macam. Orang jumpa pasangan rasa gembira tapi saya rasa takut,” jelasnya lagi.
Lebih membimbangkan apabila bakal suaminya itu juga didakwa pernah ‘naik tangan’ disebabkan sikap baran yang tidak terkawal.
Pengakuannya mengundang kemarahan ramai terutama kaum wanita yang tidak bersetuju sekiranya perkahwinan dengan si tunang diteruskan.
Rata-rata warga maya turut mengingatkan pengadu serta orang ramai yang sedang menjalinkan hubungan supaya berhati-hati dengan pasangan bermasalah.
“Tinggalkan dia. Bertaubat, cari lelaki lain.
“Jangan tergadai masa depan. Hancur segalanya. Ramai lagi boleh terima seadanya.
“Masih belum terlambat untuk bertaubat. Kalau saya, angkat kaki dan tinggalkan jantan macam tu. Belum apa-apa sudah baran. Esok kalau sudah sah, kaki tangan tu ‘lauk harian’ awak la sis,” komen beberapa netizen.
Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.