Tun Mahathir ditempatkan di CCU

Tun Mahathir ditempatkan di CCU

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN).

Jurucakapnya berkata, Dr Mahathir masih menerima rawatan lanjut di institut berkenaan.

Pengamal media mula berkumpul di hadapan IJN di sini, bagi mendapatkan perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kali kedua bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dilaporkan semakin pulih.

Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.