“Tulikan telinga dengar orang mengata” – Suami menangis isteri sah hamil lepas 7 tahun kahwin

“Tulikan telinga dengar orang mengata” – Suami menangis isteri sah hamil lepas 7 tahun kahwin

Setiap pasangan yang telah berumah tangga pasti mengharapkan kehadirian cahaya mata dalam keluarga. Namun rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada yang cepat mendapat zuriat dan ada juga yang perlu menanti lama untuk menimang anak sendiri.

Penantian 7 tahun berakhir

Hal tersebut dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @cikvee93 apabila diberi nikmat hamil selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah reaksi suaminya apabila diberitahu bakal menjadi bapa tidak lama lagi. Dalam video tersebut kelihatan dia terkejut dan menangis dengan khabar gembira itu.

@cikvee93

Thanks God for this big gifts ❤️😘🙏

♬ Love Is Gone (feat. Dylan Matthew) (Acoustic) – SLANDER, Dylan Matthew

Kenangan yang sangat indah

Selepas melihat alat ujian kehamilan, dia langsung berasa terkejut dan terus sebak lebih-lebih lagi menerima sebiji kek bertulis “Mom and dad to be.” 

Mereka merasakan apa yang berlaku adalah satu kenangan yang indah buat mereka berdua dan sangat terharu dengan kurniaan daripada Tuhan.

@cikvee93

Disebalik duka bertukar jadi senyuman dan tawa bahagia 🤰💏#penantian7tahun🥰🥰🥰🥰 #maduajaibturkey

♬ Beautiful – Bazzi

Pengguna TikTok itu juga memaklumkan yang khabar gembira ini menjadi pengubat setiap kedukaan yang mereka lalui sebelum ini apabila sering diperli kerana belum mempunyai anak.

Tahniah sis! Jaga diri baik2

Justeru itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah diatas kehamilannya dan mendoakan agar dia terus sihat sehingga hari bersalin juga.

Ramai juga yang berharap turut dikurniakan cahaya mata dan mereka juga sempat berkongsi kisah yang hampir sama dengan @cikvee93.

Semoga dapat doakan kami juga

Semoga urusan hamil & bersalin dipermudahkan nanti

Ramai yang berharap dapat timang anak juga

Sumber: ohmymedia