Tular video wanita tergamak dera & hempas meja pada darah daging sendiri

Tular video wanita tergamak dera & hempas meja pada darah daging sendiri

 

Hari ini, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjaga mangsa dera oleh ibunya sendiri sehingga mengundang kemarahan ramai.

Bekas isteri bawa lari anak, tergamak hempas meja kena bahagian kepala

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna dikenali @imeautopar77, dilihat kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya bernama Muhammad Daniel Putra itu dihempas meja ke atasnya.

Pengguna itu mendedahkan anaknya itu telah dibawa lari oleh bekas isteri secara tanpa izin pada 16 Mac 2019 iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan mula diperkatatkan.

Lelaki itu berkata, pada asalnya mereka mempunyai dua orang cahaya mata. Namun, bekas isteri hanya membawa lari anak pertama mereka iaitu Daniel dan meninggalkan anak yang masih kecil serta masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu.

Difahamkan, situasi ganas itu dilakukan oleh bekas isterinya sehingga telah mendesak skandal atau teman lelaki bekas isterinya tampil berkongsi video tersebut kepadanya dan ia dipercayai berlaku pada bulan Jun lalu.

Dah buat laporan polis

Mengulas lanjut, pengguna yang juga bapa kepada kanak-kanak lelaki tersebut memberitahu diirnya telah tampil membuat laporan polis. Malangnya, dia terpaksa pulang dengan penuh kehampaan apabila dikatakan gagal membuat laporan dari jam 9 malam sehingga jam 3 pagi.

Jelasnya, dia memilih untuk pulang selepas hampir 6 jam menunggu dan perlu ke sekolah pada keesokan harinya.

“Laporan polis telah saya buat tapi rasa kecewa teramat. Saya buat report pada hari yang sama berita ini saya dapat tahu. Dari 9 malam hingga 3 pagi, sebaik sahaja saya tutup kedai, saya terus buat report takut anak saya diapa-apakan.

“Kerana lama disidai menunggu laporan, saya putus asa dari mengubah report bertukar kepada menarik report. Dengan anak saya yang masih kecil iaitu berusia 5 tahun perlu pergi ke sekolah pada keesokan harinya. Lama menunggu, saya akur dan kecewa.” tulisnya.

Dalam pada itu, lelaki ini turut memaklumkan telah membuat laporan mengenai keganasan yang berlaku terhadapnya sewaktu dicederakan oleh seorang teman lelaki bekas isterinya sebelum ini.

“Saya sertakan report awal. Saya juga mangsa keganasan yang berlaku pada hadapan saya dan pernah dicederakan. Ada bukti masih berparut kerana jantan lain juga nak bawa dia keluar pada jam 1 pagi. Ketika melarang, saya dibaling ibu kunci atau Solex padu sehingga memancut darah di kepala saya,” jelasnya.

 

Bekas isteri ada dua identiti dan IC berlainan nama dan usia

Selain itu, lelaki itu turut mendedahkan bekas isterinya berasal daripada Thailand dan mempunyai dua identiti nama dan usia berlainan. Apabila lelaki itu melaporkan pada pihak berkuasa, dia mendapat maklum perkara tersebut adalah menjadi kebiasaan.

Geram pulak aku! Sampai hati pukul budak

Perkongsian itu meraih perhatian netizen di mana ramai meluahkan rasa kasihan dan bengang dengan nasib menimpa nasib anak kecil tersebut.

Kejadian berlaku di Keterah, Kelantan

Sehingga kini masih belum ada berita keadaan anakApa-apa pun, didoakan semoga urusan lelaki ini dipermudahkan dan pantas diselesaikan oleh pihak berkuasa.