Tular video wanita ‘sound’ anggota SJR, apa yang dia cakap memang tak patut

Tular video wanita ‘sound’ anggota SJR, apa yang dia cakap memang tak patut
Budi bahasa budaya kita merupakan satu slogan kebanggaan negara kita.

Budi bahasa ialah norma kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan santun perkataannya dan indah pertuturannya.

Pada hari ini, masyarakat Malaysia masih lagi terkenal dengan tinggi pekertinya, dan mulia sifatnya. Tapi lain pula yang berlaku kepada wanita ini.

Hari ini tular satu video memaparkan seorang wanita yang juga pemilik perniagaan enterprise mem4rahi anggota polis yang bertugas.

Wanita itu dikecam hebat oleh netizen gara-gara tindakannya yang dianggap tidak sopan memarahi anggota polis dan tak kurang juga yang menyindirnya tidak perlu s0mbong hanya kerana memiliki perniagaan enterprise sahaja.

Tidak tahan dengan kecaman, wanita itu tampil menjelaskan hal sebenarnya mengapa beliau marah menerusi posting di laman facebook beliau.

Beliau mendakwa bahawa anggota itu menyindirnya hingga membuatkan beliau marah.

“Ada ‘SEBAB’ ada AKIBAT… (org mara kerna bersebab)

“Jangan buli org perempuan. Tak semua perempuan tu penakut kena gertak ya atau buli ya. Wanita selalu disalahkan…. jd Mangsa dera suami isteri ka, mngsa buli rakan sekerja ka, mangsa gangguan seksual ka, baik fizikal atau penderaan dgn ‘kata2’.. atau pun mngsa BULI JALANAN…

Ada perempuan berani kerana benar buss… dan WUJUD PEREMPUAN BETUL2 BERANI BERHADAPAN walau apa pangkat kamu ya.. kejadian tu 2.6.2021 (pasal rotex rm300) tp baru timbul skrg? ok lanjut.. #benarikeranabenar #janganb.uliwanita”

Dalam pada itu, wanita tersebut juga mohon maaf kepada semua petugas yang terasa hati. Menurut beliau, petugas yang lain semuanya baik dalam melancarkan tugas cuma petugas ini sahaja  yang bermasalah. Dakwaan pegawai tersebut tiada budi bahasa dan intragriti buat beliau naik angin. Akhir sekali, Wawa berharap sikap begini dapat di ubah ketika menjalankan tugas.

Berikut rakaman Video yang tular

Komen komen netizen

Org putih bilang don’t judge people by the book,,, nie tngok luaran nya pn dah tahu,,, cara pemakaian pn dah tahu perangai dia mcm mana,,, emmm,,, bila hati kita bersih,, ,semuanya terserlah keindahannya dalam mahupun luaran,,,

Nie bukan menghina lagi …blh sabit mengganggu kerja pdrm,dan ugutan nie

Uinaaa, dia sound itu abang puliss yaa.. itu baju dgn seluar apa dia pakai tu. Haha.

Wahid mna wahid..Wahid insurance byr dak.. .. Xbyr lh tu kot kne saman ni.. Kesian kerusi kena hempak wawa Nk lwn pmpuan bkn senang dh terang2 salah dia bang polis bkan kate nk menang nak seri pun payah tkpa bang nnti bag! saman bnyk2 biar dia rase

Jasa dan pengorbanan para petugas pasukan ‘Fronthliners’ dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka wajar di hormati dan dihargai.

Para petugas berkenaan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan banyak lagi menjalankan tugas mereka dengan jujur tanpa mengira masa bertugas samada cuaca panas, hujan, malam atau siang semata- mata untuk sama-sama melindungi keselamatan rakyat.