Tular video wanita maut disyaki ditolak kekasih dari tingkat 23, polis tahan pemandu lori positif dadah

Tular video wanita maut disyaki ditolak kekasih dari tingkat 23, polis tahan pemandu lori positif dadah

 

Sebuah video telah tular di laman X semalam, memaparkan pergelutan yang berlaku dipercayai di antara sepasang kekasih hingga menyebabkan seorang wanita disyaki ditolak dari tingkat atas kondominium di Setia Alam sehingga maut.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 10.02 malam.

 

Siasatan mendapati  mangsa merupakan wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja telah ditemui maut di tingkat 7 kondominium tersebut.

Saksi juga melaporkan telah mendengar pergaduhan itu sebelum melihat suspek menolak mangsa daripada tingkat 23.

Img 2681 696X522 1

Menurut pihak polis, suspek merupakan lelaki India berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dan telah ditahan di lokasi kejadian pada pukul 10.10 malam.

Hasil siasatan juga mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

“Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis kanabis dan akan direman di Mahkamah Shah Alam pada pukul 9 pagi,” katanya lagi.

429583435 813914790763499 6811276591476172864 N

429578489 813914884096823 5847945357874421623 N

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk segera menghubungi pegawai yang terlibat dalam siasatan.