Satu kejadian mengejutkan telah berlaku di sebuah majlis pernikahan di Pekan Dufa-Dufa, Daerah Ternate Utara, Indonesia, di mana video tersebut telah tersebar dan tular di media sosial pada malam Jumaat lalu.
Majlis yang seharusnya menjadi lambang penyatuan dua insan telah menjadi kecoh apabila wali yang juga abang kepada pengantin perempuan, tiba-tiba menumbuk pengantin lelaki sebaik sahaja proses ijab kabul selesai.
Berdasarkan sumber dan video yang tular, wali nikah yang bernama Muhammad Fahri Tarafannu, bertindak demikian kerana bengang dengan pengantin lelaki yang mengugut mengancam keluarganya.
Fahri mendakwa, pengantin lelaki telah mengugut mahu membunuh keluarganya.
Situasi menjadi tegang apabila keluarga pengantin perempuan turut meluahkan rasa tidak puas hati dan menyalahkan pihak pengantin lelaki atas kejadian tersebut.
“Memang pihak lelaki yang salah. Itulah kata-kata pengantin lelaki (ancaman) dan lihatlah chat di telefon dia. Dia mengugut mahu membunuh satu keluarga,” antara kata-kata kemarahan yang diungkap oleh keluarga pengantin perempuan dalam video tersebut.
Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki menyuarakan kekecewaan mereka terhadap tindakan fahri yang dianggap tidak menghormati mereka.
“Kami sudah datang dari jauh, kenapa harus jadi begini?” katanya.