Tular video wali belasah pengantin lelaki selepas selesai akad nikah

Tular video wali belasah pengantin lelaki selepas selesai akad nikah

 

Satu kejadian mengejutkan telah berlaku di sebuah majlis pernikahan di Pekan Dufa-Dufa, Daerah Ternate Utara, Indonesia, di mana video tersebut telah tersebar dan tular di media sosial pada malam Jumaat lalu.

Majlis yang seharusnya menjadi lambang penyatuan dua insan telah menjadi kecoh apabila wali yang juga abang kepada pengantin perempuan, tiba-tiba menumbuk pengantin lelaki sebaik sahaja proses ijab kabul selesai.