Tular video wajah mirip Dr Afifi dalam kelab malam yang disebarkan blogger Umno, netizen buat analisis

Tular video wajah mirip Dr Afifi dalam kelab malam yang disebarkan blogger Umno, netizen buat analisis

 

Gempar!!! Dr Afifi Al-Akiti Dalam Kelab Malam? Mari Kita Analisis

Ketika sibuk kita berhari raya, Malaysia digemparkan dengan satu video di dalam kelab malam, kelihatan pelakunya mirip Dr Afifi Al-Akiti, seorang pensyarah Islam di Universiti Oxford (mohon maaf kalau silap) yang sengaja disebarkan oleh seorang yang bernama Zaharin Mohd Yasin. Difahamkan beliau adalah seorang Ketua Bahagian Umno di Kuala Lumpur (kalau silap mohon maaf).

 

Apakah motif penyebaran video salah seorang yang terkenal di Malaysia, Dr Afifi Al-Akiti tidaklah kita ketahui, yang kita tahu beliau adalah anak melayu pertama menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Beliau juga agak rapat dengan raja-raja especially Raja Perak. Dengarnya beliau orang kaya Perak (ala-ala kerabat jugak). Umumnya penulis melihat ia ada kaitan dengan isu Tarikat beliau yang telah dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia setelah bertahun lamanya di haramkan. Apa sekalipun motif, kita sebagai umat Islam perlu Tabayyun. Ini adalah arahan Allah dan Rasulullah supaya kita tidak menjadi muflis di akhirat nanti.

Untuk berlaku adil, mari kita buat perbandingan antara video dan gambar-gambar Dr Afifi Al-Akiti yang bertaburan di media sosial.

Gambar 1 menunjukkan cincin yang dipakai oleh Dr Afifi Al-Akiti, nampaknya memang benar serupa dengan gambar-gambar yang lain. Cincin tersebut diletakkan di jari manis beliau sebelah kiri. Kita lihat ya benar serupa tempat diletakkan cincin tersebut dan kelihatan cincin tersebut sungguh sama dengan gambar-gambar lain Dr Afifi Al-Akiti.

Gambar 2 menunjukkan bahagian telinga. Gambar telinga agak tidak sama dengan gambar-gambar Dr Afifi Al-Akiti di media sosial yang lain. Ruas berdekatan cuping orang yang didalam video tersebut terlalu lurus ke bawah dan berbeza dengan gambar telinga Dr Afifi Al-Akiti di media sosial yang melencong sedikit. Malah telinga ‘orang’ didalam video tersebut agak kecil berbanding size telinga Dr Afifi Al-Akiti di media sosial. Maka di bahagian telinga ada sedikit, hmmm bukan sedikit tetapi agak besar perbezaannya.

Gambar ke 3 menunjukkan bahagian bentuk ‘sideburn’ atau melayu panggil sekben. Kelihatan ‘orang’ yang didalam video tersebut mempunyai ‘sideburn’ yang agak besar berbanding Dr Afifi yang mempunyai ‘sideburn’ yang agak runcing dan kecil. Bahagian ini agak besar perbezaannya, kalau orang yang mahu menyamar sekalipun, bahagian ini agak sukar diubah dalam masa yang singkat.

Gambar ke 4 menunjukkan bahagian hidung. Bahagian hidung orang yang didalam video adalah sedikit pendek (tidak mancung) dan boleh nampak lubang, gambar dari belah kiri Dr Afifi Al-Akiti daripada gambar yang bertebaran di media sosial jika dilihat daripada tepi agak mancung dan agak sukar melihat lubang hidungnya jika dilihat daripada tepi. Tetapi agak sukar ditentukan kerana mungkin gambar hidung dilihat daripada bawah, tetapi jika digabungkan antara 2 gambar ini, kita melihat gambar ‘orang’ didalam video tersebut sedikit pendek daripada gambar yang bertebaran di mesia sosial.

Oleh itu sebagai penyelidik bebas, kita mencadangkan bahawa 3 berbalas 1 jika kita mahu kaitkan video tersebut dengan gambar Dr Afifi Al-Akiti. 3 bahagian tidak sama dan satu bahagian sama. Lagi satu, kita melihat didalam video tersebut, ‘orang’ tersebut agak muda berbanding video dan gambar Dr Afifi Al-Akiti yang sekarang kelihatan agak tua dan berkedut.

Apa kata anda pula? Tabayyun dulu. Kita tidak mahu ahli politik ini terus dengan politik menjatuhkan maruah, sampai bila bro Malaysia nak main hendap aib orang dan malukan. Ini politik bangsat namanya. Lawanlah idea atau fikrah bukan aib sana aib sini. Kalau fitnah naya pahala puasa kita habis begitu sahaja. Ok cancincaw

penyelidik bebas