Tular video Siti Nurhaliza luah hajat nak jumpa Lailatul Qadar & Malaikat termakbul diragui netizen

Tular video Siti Nurhaliza luah hajat nak jumpa Lailatul Qadar & Malaikat termakbul diragui netizen

 

Sebuah video tular di laman Facebook baru-baru ini di mana penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikatakan melihat sesuatu yang luar biasa di langit sewaktu berada di tanah suci Mekah.

Difahamkan video itu diterbitkan dalam beberapa tahun yang lalu namun dikongsikan semula oleh pengguna Facebook.

Berhajat Ingin Melihat Malaikat Dimakbulkan?

 

ideo yang tular itu dikongsikan oleh laman Facebook Kaki Video Champ, di mana rakaman yang dimuatnaik memaparkan pendedahan Siti Nurhaliza dalam sebuah rancangan televisyen di TV AlHijrah yang dihoskan ustaz Don Daniyal.

Menerusi rakaman tersebut, Siti berkongsi cerita kepada ustaz Don bahawa beliau berdoa pada Allah SWT di tanah suci agar ditunjukkan Lailatul Qadar dan juga malaikat. Menurut Siti lagi, penyanyi ini mendedahkan hajatnya itu dimakbulkan Yang Maha Esa.

“Sampai malam ke-27 ketika itu. Sewaktu saya baru saja selesai tawaf sunat juga. Saya balik ke hotel, ketika itu kan doa qunut dibacakan dalam pukul 3 pagi.

Waktu doa yang panjang tu lah kebetulan saya balik ke hotel, berehat sekejap dan terus ke satu tempat tu di tempat yang terbuka dan tempat tinggi.

Saya dan juga suami. Sebab hati saya terlalu kuat cakap. Saya ajak suami ‘jom kita duduk kat balkoni yang terbuka ni’ dan dia boleh menghadap Kaabah jelas dan persekitaran Kaabah pun saya boleh nampak.

Dan di langit pun kita boleh nampak juga. So di situlah bila doa qunut yang dibacakan oleh imam, di saat doa-doa yang terakhir tu semuanya menangis, amin dalam hati.

Saya tak tahu apa yang tergerak hati saya untuk pandang ke langit dan di situ lah saya lihat. Saya dapat tengok apa yang saya minta tu Allah tunjukkan.” Ujar Siti

Netizen Beri Pelbagai Respon

Mendengar pengalaman yang dikongsikan penyanyi tersohor negara ini, rata-rata ramai warganet memberi pandangan dan komen yang bercampur-baur.

“Terima kasih. Semoga yang dikongsikan beri kesedaran kepada yang kurang sedar. Elok lah apa yang di lihat tu tak di sebut.”

“Saya ni tak pandai.. Macam mana rupa malaikat dan macam mana dia comfirm itu malaikat.. Sekadar nak tahu.”

“Ingat senang nak jumpa Lailatul Qadar. Kalau betul dia dah stop semua aktiviti duniawi.” Komen mereka

“Terus-terang aku tak percaya dengan cerita-cerita gini oleh orang-orang yang macam ni. Bukan nak kata Siti tak baik tapi faham-faham sendiri sudah.”

“Entah lah.. Nak percaya ke tidak apa yang dia ni cakap. Bukan senang nak jumpa Lailatul Qadar/malaikat. Wallahualam.”

“Alhamdulillah.. Semoga kita juga bertemu malam Lailatulqadar.” Komen mereka lagi

“Allah memberi kepada siapa yang dia kehendaki.. Indahnya pengalaman Tokti.. Allah dekat dengan hambaNya.”

“Sedangkan nabi pun rasa takut gementar sampai pucat lesi wajah baginda pertama kali jumpa malaikat Jibrail di Gua Hira.”

“Fenomena Siti diragui. Perkara ghaib hak milik yang Maha Esa.” Komen warganet

Sama ada kisah yang dikongsikan Siti Nurhaliza ini benar atau tidak, hanya empunya diri dan juga Allah SWT yang mengetahuinya.