Tular video rider GrabFood campak dan sepak bungkusan makanan pelanggan atas lantai

Tular video rider GrabFood campak dan sepak bungkusan makanan pelanggan atas lantai

 

Tak kisahlah apa pun alasan tapi tak perlulah sampai nak campak dan tendang makanan pelanggan atas lantai!

Tular rakaman mempamerkan seorang penghantar makanan Grab bertindak sedemikian di sebuah restoran yang tidak dinyatakan.

Menerusi video yang tular di Twitter itu, lelaki berbaju ‘GrabFood’ berwarna hitam itu dilihat mengambil bungkusan makanan pelanggan yang telah siap.

Dia kemudian terus mencampak makanan tersebut ke atas lantai dan menendangnya malah pekerja restoran serta orang awam di restoran tersebut terkejut melihat kelakuan biadapnya itu.

Malah, seorang lelaki yang berada di kaunter dipercayai pelanggan restoran tersebut dilihat menegurnya kerana berbuat sedemikian.

Ramai warganet menghentam tindakan GrabFood rider tersebut malah ada yang membuat laporan terhadap pihak pengurusan Grab agar mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

Bangun pagi keluar cari rezeki tapi kurang ajar dengan rezeki.”

komenkomenkomen