Tular video pemandu mabuk samseng ‘makan penampar’ abang lori

Tular video pemandu mabuk samseng ‘makan penampar’ abang lori

 

KEJADIAN seorang pemandu lori yang menampar sekumpulan remaja tular di media sosial dan difahamkan kejadian itu berlaku kerana pelanggaran antara lori dan kereta berkenaan.

Menurut anak saudara pemandu lori itu yang hanya dikenali sebagai Su Mathi, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan remaja berkenaan yang terlebih dahulu melanggar lori itu sehingga pak ciknya terpaksa berhenti di tepi jalan untuk melihat keadaan kenderaannya.

 

Malah, Su juga mendakwa sekumpulan remaja berkenaan dalam keadaan mabuk semasa kejadian itu berlaku dan mereka juga mengajak kanak-kanak berumur 12 tahun iaitu penumpang dalam lori itu untuk turun bergaduh bersama mereka.

“Bahagian terakhir yang bodoh, yang mabuk itu suruh adik saya turun dari lori untuk ajak gaduh. Tiada otak langsung, adik saya baru umurnya 12 tahun,” katanya,

Komen dari warganet di hantaran pengguna Facebook, Acai Di Raja itu, rata-rata meluahkan rasa marah dengan pemabuk berkenaan dan berharap tindakan yang setimpal akan dikenakan kepada mereka.

“Budak sekarang kalau mabuk menyusahkan orang lain. Bagus pak cik itu buat macam itu. Bagi ajar sikit,” kata pengguna Facebook, Langkasuka Langkasuka.

“Memang patut tidak bagi muka pada pemandu mabuk, sebab semua orang tahu undang-undang menyebelahi pihak penggunaan arak, takkan setimpal hukuman yang diberi pada pemandu mabuk,” kata satu lagi pengguna Facebook, Syazwan Hyzein.

Lokasi kejadian bagaimanapun belum dapat dikenal pasti.

Dalam perkembangan berkaitan menjengah ruangan komen, Majoriti mendapati ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan situasi sedemikian sebelum ini.

Pengguna Facebook, Syazwan Hyzein berkata, seorang pemandu mabuk meninggikan suara walaupun ketika kemalangan itu, dia sudah berbicara cukup lembut dengannya.

ss mabuk

“Baru ni aku kemalangan dengan pemandu mabuk, aku keluar kereta aku tanya dengan sangat lembut dalam keadaan muka down, aku tanya kenapa ni? Pastu dia keluar kereta dia cakap, heyy! Kau yang langgar kami! Kau apa pasal!,

“Darah baran aku automatik naik terus aku niat nak kecaikan muka mereka tapi aku perasan yang anak, isteri dengan bapa mertua aku tengok dari dalam kereta, terus aku simpan baran aku dan terfikir yang balai polis tak sampai 100 meter, bawa mereka pergi balai polis tetiba terus cakap lembut-lembut, dia panggil bos dia.

“Tak lama tu bos dia sampai maki muka pemandu mabuk tu pastu suruh aku hantar bengkel kawan dia dan dia tanggung kos betulkan kereta. Si pemandu mabuk tu senyap seribu bahasa tak berani nak cakap apa-apa. Bos dia yang berurusan dengan aku,” katanya.