Tular video pasangan tayang aksi manja sambil cium tangan dalam kereta, ramai ‘tag’ JPJ & PDRM

Tular video pasangan tayang aksi manja sambil cium tangan dalam kereta, ramai ‘tag’ JPJ & PDRM

 

Dilihat sengaja menunjukkan kemesraan kepada umum, satu pasangan dipercayai suami isteri teruk dikecam warga maya kerana berpelukan sambil memandu kereta.

Menerusi video berdurasi 32 saat yang tular di laman X @MALAYSIAVIRALLL, ia memaparkan aksi manja pasangan berkenaan yang duduk rapat sambil berpegangan serta mencium tangan satu sama lain kononnya ingin menunjukkan kebahagiaan.

Kelihatan tangan kanan si suami memaut stereng manakala tangan kirinya pula menggenggam tangan pasangannya.

 

Rata-rata warga maya berpendapat tindakan pasangan berkenaan amat tidak wajar kerana boleh mengundang bahaya terhadap diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Menjengah ruangan komen, ada di antara mereka yang membuat pautan (tag) ke akaun media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap pasangan tersebut.