Tular video Noh Hujan meludah atas pentas

Tular video Noh Hujan meludah atas pentas

 

Vokalis kumpulan hujan, Noh Salleh sebelum ini menjadi bualan hangat selepas tampil memegang rokok ketika memperagakan pakaian di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022). Ramai yang mengkritik penyanyi itu kerana dikatakan memberi contoh yang tidak baik kepada umum.

Terbaru, Noh sekali lagi dikecam selepas tular video memaparkan aksinya meludah ketika berada di atas pentas. Kejadian itu dipercayai berlaku ketika beliau mempersembahkan lagu di satu acara festival muzik.

Dalam video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter itu, kelihatan Noh meludah ke arah peminat yang berada di bawah. Malah kapsyen video itu turut ditulis “Nasib la siapa kena ludah tu”.

Di ruangan komen, netizen rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan sikap penyanyi tersebut. Tak kurang juga yang menggelarnya biadap dan pengotor.

Aduhai, apa kes pula ini kan? Kita tunggu penjelasan lanjut daripada Noh Hujan sendiri berkenaan isu ini.