Tular video murid angkut beg berat naik tangga hampir jatuh, PPD anggap isu tak sahih?

Tular video murid angkut beg berat naik tangga hampir jatuh, PPD anggap isu tak sahih?

 

Minmin nak cakap sikit je.

Cikgu-cikgu tu pun ibubapa. Mereka sendiri lihat betapa berat beg anak-anak mereka. Dan isu ni jelas dan sahih.

Kenapa nak sorokkan kebenaran? Kenapa takut sangat benda betul didedahkan. Kenapa tak nak cari penyelesaian?

Nak suruh anak-anak dan generasi kita terus menderita kerana nak jaga ego orang atasan yang tak nak mengaku silap? Yang tak nak terima teguran?

Ubah la budaya jahiliah yang langsung tak boleh ditegur ni. Kita duduk dalam negara demokrasi. Kebebasan bersuara adalah hak semua rakyat yang dijamin oleh perlembagaan negara.

Kenapa nak diamkan guru-guru dari berkata benar? Saluran apa yang dikatakan betul tu? Tolong list semua saluran betul yang dikatakan tu. Kami semua ibubapa nak buat report melalui saluran betul pula ni.

Dan saluran yang kononnya betul tu buat apa dah berpuluh tahun masalah kecik macam ni pun tak boleh selesai?

Minmin kesal dengan perangai macam ni. Perangai tak boleh terima kesalahan, tak boleh ditegur, dan perangai suka sorok masalah.

Kudis jika tak dirawat boleh menjadi kanser.

Api kecil jika tidak dipadam ia boleh menjadi kebakaran besar yang tak mampu dikawal lagi.

Fikir-fikirkan.

– Admin –

Mohd Fadli Salleh

– Kesal dengan budaya jahiliah ini terus berleluasa –

Ni kes di Malaysia. Bukan Thailand. Dalam beg tu penuh buku. Bukan susu.
Nak bukti apa lagi?