Tular video ‘mat rempit’ bangga abang kerja polis bantu bawa keluar motor dalam balai

Tular video ‘mat rempit’ bangga abang kerja polis bantu bawa keluar motor dalam balai

 

Siapa sahaja tak gembira apabila mendapat tahu mereka mempunyai ‘cable’ terutama di kalangan ahli keluarga sendiri. Mana tidaknya, setiap masalah yang dihadapi pasti dapat diselesaikan dengan mudah lebih-lebih dalam peluang pekerjaan.

Namun, lain pula bagi seorang lelaki ini apabila dirinya bangga mengenai sesuatu yang ada dalam keluarganya sehingga mengundang perasaan kurang senang di kalangan warganet.

Bangga abang kerja polis, bantu keluarkan motor dalam balai

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter, ia memaparkan seorang pemuda di TikTok meluahkan rasa bangga apabila abangnya yang merupakan seorang anggota polis sudi membantu dia mengeluarkan motorsikal yang telah disita oleh pihak berkuasa.

Dalam video tersebut, jelas menunjukkan lelaki itu bersama motorsikal RXZ berwarna merah berserta gambar seorang lelaki berada di samping kereta polis.

 

Bukan sengaja nak tutup periuk nasi orang tapi ni dah salah di sisi undang-undang

Bagaimanapun, menurut pengguna dikenali @LissaLaila, dia bukanlah sengaja mahu menutup periuk nasi orang lain tetapi apa yang dilakukan oleh lelaki berkenaan sangat salah di sisi undang-undang.

“Aku bukan dengki. Cuma benda yang jelas salahguna kuasa macam ini jangan dinormalisasikan sangat. Kalau iye pun, janganlah bangga tunjuk di media sosial.” jelasnya.

Pandai buat, pandailah simpan. Kesianlah kat abang…

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet meluahkan kekecewaan dan ketidakpuasan hati dengan tindakan lelaki terbabit yang dikatakan boleh menutup periuk nasi abangnya sendiri secara tidak langsung.

Auto putus saudara

Malah, ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan hubungan mereka adik-beradik bakal terputus sebaik sahaja video tersebut tular dan sampai ke pengetahuan pihak atasan.

Mak ayah dah pesan, jangan sesekali petik nama. Salah tetap salah.

Menurut OMM, video asal tersebut telah dipadam di akaun TikTok terbabit selepas dirinya menjadi tular di Twitter.